Adat berumahtangga tidak lepas dari dugaan Allah...mengimbas kembali jangkahayat berumahtangga pasangan hari ini berbanding datuk-nenek dan ibubapa kita...Pasangan hari ini cukup mudah untuk melafazkan cerai...atau membubarkan perkahwinan. ..Mengapa agaknya????Teringat kuliah yang dihadiri bersama Prof.Othman. ..orang-orang sekarangnie kurang sabar komennya...apatidak nya semuanya serba segera...lihat kehidupan orang dahulu...unuk mereka membina sebuah kehidupan... dengan perlu meneroka tanah, yang para isteri pula kalau nak memasak kena gait kelapa, kukur kelapa, perah santan itu tak masuk lagik nak menumbuk sambal atau menggiling rempah...manakala anak-anak pula kalau yang lelaki inginkan permainan haa..tu dia kena masuk belukar mencari kayu nak buat senapang dan sebagainya.. .Semuanya dalam cara halus mendidik individu agar tekun, sabar, gigih dan tidak mudah mengalah.
Itulah yang tersurat dan tersiratnya. ..berbanding kehidupan kita hari ini semuanya serba canggih, mudah
dan ringkas...pendek kata serba pantas...maka dalam diam membentuk individu yang cenderung memiliki sifat kurang sabar...Emm! !!