Monday, January 15, 2007

"Perfectionist" Suatu Ancaman

Alhamdulillah malamnie diizinkan Allah utk sama-sama kita mengupas tabir kehidupan...serta isu-isu di persekitaran kita yang boleh dijadikan ikhtibar dan panduan...
Adakah "PERFECTIONIST" suatu ancaman???...Anda seorang yg PERFECTIONIST???Suatu isu yang menarik untuk kita kupas bersama...Bagi pandangan peribadi saya sendiri tidak salah untuk kita BERSIKAP PERFECTIONIST...teliti, peka, prihatin ~ suatu sikap yang baik untuk diamalkan DAN sememangnya itulah juga yang dituntut dalam Islam...sebagai KHALIFAH DI BUMI ALLAH kita dituntut untuk menghampiri kesempurnaan diri...Namunnn...

Namun PERLU DIINGATKAN JANGAN SAMPAI "KESEMPURNAAN YANG DICARI" memudarat @ memakan diri anda dalam senyap....Saya bercerita atas pengalaman dan kelemahan diri...Saya sendiri akui saya seorang yang mementingkan KESEMPURNAAN...well, I was train like that in my family...cerapan itu yang saya ambil dari ibu & ayah...but then melalui proses UNIVERSITI KEHIDUPAN saya belajar being perfectionist perlu ada BOUNDARY & BIJAKSANA. UNTUK "BLENDKAN DIRI" or else U'll get caught...terperangkap dalam DUNIA PERFECTIONIST U tanpa disedari....Dan lazimnya juga tanpa disedari ada hati yang terluka, tersinggung mahupun bengang tahap gaban....gara-gara PERFECTIONIST anda...Tak caya???? Cuba renung-renungkan kembali insiden berkaitan tuntutan PERFECTIONIST yang anda cari...minggu lepas, bulan mahupun tahun lepas??? Pasti ada insan yang terluka hati...sakit hati...bosan...benci dan seumpamanya gara-gara PERFECTIONIST anda...( CTH ~ dlm hubungan suami isteri, majikan & pekerja, ibubapa & anak dan seumpamanya)

Dan apa yang PALING TAK BESTNYA...tanpa disedari bila TERLALU PERFECTIONIST...kita MENJADI INDIVIDU YANG RIGID...tak boleh bertolak-ansur mahupun kompromi...tak mudah mengalah...sukar menerima pandang orang lain...adakalanya tertutup...merasakan diri kita sahaja yang bagus....paling sempurna orang lain 'hampeh"...tak kurang juga gara-gara PERFECTIONIST kita...badannie dah tak larat...tapi disebabkan nak gak sampai cuba MENEPATI PIAWAIAN DIRI yang ditetapkan...kita terperangkap dalam STRESS DIRI yang ditempah....(ohh! man...favourite word my little hero...erman hakiem bila tak dapat toys yg diidamkan dari ibu & ayahnya)
Ingat dulu-dulu zaman-zaman kurang ilmu....jahil tak pergi mengaji kaunseling lagik masatu... selalu gaklaa melalui STRESS tanpa disedari...kadang macam OBSESSIVE COMPULSIVE lak...cthnya dah menyapu I mesti nak lap lantai...bukan mop tau tapi lap lantai macam zaman-zaman ceeta Oshin dulutu...cayalaa, punyalaa nak bersih, suci..gunakan tanpa was-was...Haa! bayangkanlaa satu ngumah U nak kena buat camtu...hee...end up encik abang roomate pun pening kepala, hawatlaa gefren aku lagunie...naik rimas gaklaa gamaknya cik abg kita...itu satu isulaa...Lagi satu isu bila U penat...boleh senyum ker...???Sure onelaa muka jadi masam & nak marah...banyak yang serba tak kena...Haa...inilah sebahagian sindrom ibu-ibu juga para isteri di luar sana.(kita serupaaa..ala-ala lagu headwind, gitu)..Tapi alhamdulillah selepas melalui proses celik akal & intervensi siaran langsung dr Pensyarah ( Ada hikmahnya juga dapat Pensyarah yang born to be a counselor anak murid tak boleh nak tipu ibaratnya sekilas ikan di air sudah ku tahu jantan betina masuk kuliah kalau 'lain macam' emmm siaplaa diterokanya kita sampai beres "unfinish bisnes" pendek kata....teranglaa dunialaa...Ohhh! Patutlaa PERFECTIONIST I TAK KENA PADA TEMPATNYA kesannya menyusahkan diri so kenalaa kurangkan darjah PERFECTIONIST...BELAJAR UNTUK MENERIMA KELEMAHAN MAHUPUN MENGAKUI LIMITASI YANG HADIR)... Buat apalaa nak menyusah & menyesakkan diri buat itu..buat ini sedangkan FIZIKAL U cannot take it...fitrah Allah tak molek dilanggar tak kena gaya akhirnya memudaratkan diri...al-maklum tubuh ini juga amanah Allah...bukan robot...ia juga perlukan ISTIREHAT...tambahan pula ada komitmen lain yang perlu diberikan perhatian...so takyahlaa nak menyusahkan diri sangat...bikin stress jek buat apaa...betul tak???

Alhamdulillah...daripada situ saya belajar untuk berusaha menghampiri KESEMPURNAAN DIRI YG LEBIH CUN, gitu...yang tidak menyusahkan diri sendiri....muhasah...berani melakukan KOREKSI DIRI...be rasional...relax...tenang & enjoy...lepas CELIK AKAL tersebut rumah bersepah sket...tak sempat nak sedetail dahulu berkemas I can take it...namanya pun mak orang yang pie mengaji, bekerja, bisnes lagi so harap maklum sahajalaa...MEMANG BESTLAA!!! Takde rasa terbeban lagi...takde lagi rasa tension kalau idak...serba tak kenalaa banyaknya...masalah kadang takdelah selesai mana tapi tensionnya yang lebih-lebih...memang benar & tepat sekalilaa...MIRACLES FROM ALLAH....ILMU ITU PELITA HIDUP....bila kita ada ilmu kita kenal kelemahan diri...perbaiki...mempermudahkan lagi perjalanan seterusnya....
Begitu juga dalam konteks PERFECTIONIST yang lain...cthnya...si teruna mahupun si daralaa lazimnya....KUNUN-KUNUNNYA nak cari pasangan hidup yang mempunyai CIRI-CIRI A,B,C,D pendek kata harus sampai Z pun tak abizlaa berjela CIRI YANG DICARI...nak yang cantik, hensem, takde jerawat, yang putih melepak, hitam manis, macho, sopan-santun, bijak, menghormati orang tua, pandai masak, menghias rumah, pandai menjahit....gitu-gini pendek kata CIRI YANG DILETAKKAN itu ala-ala cerita dongeng cinderella, snow white....SEMPURNA gitu! Tapi dalam masa yang sama SI EMPUNYA DIRI LUPA....ala-ala hilang ingatan sekejap gitu (tidak berlaku JUJUR DGN DIRINYA SENDIRI SEBENORNYA) bahawasanya EMPUNYA DIRI JUGA BUKANLAH SEORANG INSAN YANG SEMPURNA mana...so tak kena gaya , silap aribulan, silap perkiraan serta hisab tambahannya...HARUS GITU BERGELAR ANDALUSIA...MAHUPUN BUJANG TERLAJAK...(opsss...oppss!!!! boleh brek alhamdulillah...jangan tunggu lelama & jangan lupa jemput akak kalau makan nasik minyak nanti yer manataukan nak dijadikan cerita selepas baca artikel akaknie langsung diberi hidayah oleh Allah untuk U dirikan masjid...alhamdulillah ada saham akhirat akak )haa...renung-renungkan sejenak kekawan???Fikir-fikirkan...buat adik-adik mahupun kekawan yang telah bertemu dengan idaman hati ...disemak, dicongak, dikali, darab..bahagi...pembezaan...apalagi kebarangkalian...(teringat zaman sekolah plak...add math...cikgu Cina yang pelat lidahnya "Gelakkan kawasan belolek" which suppose gerakkan kawasan berlorek...pecah perut menahan senyum...macam mana tak GELAK...tul tak??? Gelakkan kawasan belolek...) ...selingan jap terkenang semasa dahulu...Back to the isu yang mana dah jumpa ...kalau dah bertemu pasangan dapat markah 7/10 itupun dah patut bersyukur...molek sangattu jangan tunggu lama-lama....cepat-cepatlaa diusahakan pembinaan masjid itu...jangan tunggu lama nanti lama-lama dia diambil orang...lagu blues gang plak, gitu....cukup-cukuplaa dok mensia-siakan usia & masa yang berlalu...kan....satnie ada gak anak yang stress kena ejek dek kekawan mahupun sering diajukan soalan oleh kekawan...."Is that your daddy or your grandfather yang hantar U pie sekolah???"...Jangan tak caya, ini kisah benarrr...nie...so takkan U nak menambahkan lagi stastitik kisah benar ini??? Renung-renungkanlaa sejenak....

Masih ragu-ragu...pening-pening...buatlah ISTIHARAH...mohon petunjuk dari Allah...perkara yang mudah janganlaa disusah-susahkan...BERMINAT UNTUK MENDAPATKAN TIPS & CARA ISTIHARAH YG TERBAIK & TEPAT...boleh hubungi kak aniz...mudah jer yang penting jangan tinggal solat, banyakkan bertaubat, paling cantik sebelum buat istiharah puasa dahulu...why???nantilaa kita ceeta satu topik nanti, insyaAllah...besides MIMPI ada cara lain yang lebih mudah sebenarnya untuk mendapatkan petunjuk...dengan menggunakan Al-Qur'an...(Ilmuni saya belajar dari ayahanda tercinta alhamdulillah ramai dah kekawan saya turunkan ilmunie...dan hasilnya alhamdulillah)...Ceeta pasal jodoh, teringat pesakit-pesakit yg hadir ke teratak kami...alhamdulillah yerlaa "makam" @ kelebihan seseorang dlm soal jodoh, permainan sihir, gangguan jin, iblis & syaitan , anak yang degil, masalah rumah tangga ~ suami mahupun isteri yang curang ada hubungan ketiga merupakan KEPAKARAN ayahanda tercinta...kadang teringin juga sehebat beliau...bukan buat apa pun...berbual dgn pesakit...buatkan air, solat hajat alhamdulillah masalah orang/pesakit beliau selesai ( kita sbg kaunselor kadang bersessi-sessi kadang klien tak gak insaf-insaf, gitu tak dapat celik akal..itu komen kaunselor yg lebih seniorlaa...me???dlm kategori budak baru belajar lagik) malah bukan golongan sebarangan adakalanya MUFTI, ULAMAK , TAHFIZ, PROFESOR, DOKTOR, TOKOH KORPORAT sendiri pula kadang menjadi ayahanda sbg pakar rujuk...

Itulaa kehidupan..untuk kita saling lengkap-melengkapi...teringat peribahasa ibu mertua aniz...katanya..macam mana hebat pun seseorang itu adakalanya "HABUK YANG MASUK MATA KITA, KITA TAK BOELH MENGELUARKANNYA SENDIRI...PERLU BANTUAN ORANG LAIN"...itulaa hakikat kehidupan..seorang doktor perlu juga untuk berjumpa doktor untuk merawat diri yang diluar bidang @ kepakarannya...seorang kaunselor perlu juga untuk berjumpa seorang kaunselor yg lain untuk meredakan tekanan yang dialami...namanya kita manusia tiada siapa kalangan kita sempurna...betul tak?Begitu indah dan cantik sekali kejadian Allah untuk kita saling lengkap-melengkapi antara satu sama lain....

KHIDMAT KOMUNTI PERCUMA
Buat rakan-rakan yang mendambakan khidmat runding mahupun sesi kaunseling PERCUMA sila hubungi Pn Aniz atau Cik Jana di 03-55190500 atau 01-55190500 Talian Sahabat Pusat Kaunseling Negeri Selangor bertempat di Kompleks PKNS, Shah Alam untuk tempahan temujanji anda...
TALIAN SAHABAT JUGA TURUT MENAWARKAN KHIDMAT KELOMPOK BANTU DIRI SECARA PERCUMA BUAT YANG BERMINAT :
1) 1) Pengurusan Stress ~ Terokai Tentang STRESS, PUNCA, SYMPTOM & CARA MENANGANI : Setiap Hari Selasa ( Jam 10.00 pagi ~ 12.00tgh)
2) 2) Pengurusan Berat Badan ~ Bagaimana MENCETUS MOTIVASI DIRI untuk mendapat berat yang unggul SERTA TIPS-TIPS MIRACLE -***BONUS ISTIMEWA ~TEROKAI TEKNIK SAINS MINDA mendapatkan berat badan unggul (Setiap Selasa :Jam 2.30ptg~ 4.30ptg)
3) 3) Rahsia Mengenal Diri & Peranan Sains Minda Dalam Mencetus Kecemerlangan Diri (Setiap Hari Khamis)

C CARANYA BERIKAN MAKLUMAT DIRI NAMA PENUH, H/P , KELOMPOK YG INGIN DIHADIRI SERTA TARIKH TEMUJANJI.TEMPAT ADALAH TERHAD DAPATKAN TEMPAHAN ANDA HARI INI!!!

MATLAMAT ANDA OBJEKTIF KAMI...Izinkan kami di Talian Sahabat membantu anda!!!Allah sendiri tidak akan mengubah nasib individu jika individu itu sendiri tiada inisiatif untuk mengubahnya...BERANI & JUJUR UNTUK MELAKUKAN PERUBAHAN...INSYAALLAH KEJAYAAN MAMPU ANDA LEWATI!!!...

Salam Ukhwah;
Aniz Hj Anwar @ 03-55190600

No comments: