Monday, January 15, 2007

Stress & Anda Part 3

Alhamdulillah malam ini berkarya lagi saya di bawah siri DI SEBALIK TABIR KEHIDUPAN ~ STRESS & ANDA…InsyaAllah kali ini khusus untuk mengupas diari kehidupan yang melibatkan perjalanan cinta yang tidak kesampaian mahupun diduga di pertengahan jalan
Alhamdulillah…pernah melalui episod duka seketika suatu waktu dahulu dan menyaksikan kisah-kisah kehidupan rakan-rakan juga klien yang kecundang akibat cinta yang lara…memberikan aniz keinsafan dan pengajaran…ada insan "MEMBENARKAN DIRINYA DIBAYANGI OLEH SECEBIS HARAPAN YANG BERBISA"ada insan pula "BERANI DAN CEKAL UNTUK MEMBEBASKAN DIRI DARI DIBAYANGI OLEH MUSIM KASIH YANG KINI HILANG"…Episod cinta yang lara tapi dengan 2 PENDEKATAN YANG BERBEZA. DALAM MERAWAT LUKA. PEDIH KERANA CINTA…

Ingin terus-terusan diselaputi bayangan luka mahupun memulakan kehidupan baru, jawapannya ada di tangan EMPUNYA DIRI…Bukan mudah dan bukan juga sukar, sekiranya DIBERI RUANG & PELUANG kepada diri untuk mencuba, insyaAllah penawar itu ada dalam DIRIMU!!!. Alhamdulillah, syukur saya panjatkan pada Ilahi…tak sangka juga berbekalkan pengalaman, aromatheraphy, kuasa minda, kuliah dan juga kembali kepada apa yang disyariatkan dalam Islam MUDAH SAHAJA UNTUK MEMBANTU RAKAN-RAKAN YANG TERJERAT DALAM KEPOMPONG DIRI YANG DIBINANYA SENDIRI ~ MEMPEROLEHI "INSIGHT" & KEKUATAN DIRI…Yes, indeed …counseling is a talking cure…kat Malaysia perkhidmatan counseling mungkin masih janggal bagi sebahagian individu…(satu cabaran hebat untuk para kaunselor sebenarnya) MITOS @ mind-set yang ada dalam budaya masyarakat Malaysia perkhidmatan counseling hanya untuk orang yang "sakit sahaja" manakala untuk golongan normal seperti kita tidak perlu.…PADA HAKIKATNYA TIDAK SEBEGITU ~ PERKHIDMATAN KAUNSELING ADALAH KHUSUS UNTUK INDIVIDU NORMAL NAMUN PADA SATU-SATU KETIKA BELIAU DIDUGA DAN TIDAK BERUPAYA MENANGANINYA LANTAS TERJEBAK DENGAN SITUASI YANG MENEKAN DIRI ~ menyebabkan diri buntu untuk berfikir, runsing, resah, hiba, rasa kehilangan, sepi, sunyi, runsing, rimas, sedih,pilu, marah, geram, hampa, putus asa, malu dan sukar menerima kenyataan yang hadir dan ada pula yang menyalahkan diri tak kurang juga menyalahkan takdir…WHY ME???Tak kena gaya…kurang iman di dada itu yang kadang ambil jalan singkat ‘BUNUH DIRI"…tak kurang juga menyimpan api dendam yang akhirnya jika tidak ditangani dengan bijaksana merosakkan diri...malah ada juga khabarnya yang menggunakan 'cara halus'...dengan sihir dsbgnya...Itu sebahagian corat-coret bila HATI DILUKAI…
Tidak dinafikan ISU KEPERCAYAAN juga menjadi tanda tanya…maklum sahaja perjalanan hidup insan tidak semuanya indah adakalanya noda hitam & kelemahan diri menghiasi lukisan kehidupan…melibatkan maruah dan harga diri. Adalah menjadi tanggungjawab kaunselor AGAR ETIKA KERAHSIAAN TERPELIHARA…ianya satu "amanah" dan tanggungjawab yang perlu diberikan…
Secara TEORINYA…individu yang diduga dengan kekecewaan dalam bercinta mahupun hidup akan melalui 4 FASA berikut:
  1. PERISTIWA YG MENYEBABKAN INDIVIDU TERTEKAN YANG BOLEH MEMBAWA KEPADA STRESS MALAH DEPRESSION SEKIRANYA TIDAK DIKAWAL
  2. FASA KRISIS / EMOTIONAL BLOCKAGE ~ dimana peristiwa yang berlaku menyebabkan individu merasa amat tertekan, buntu, kehilangan, kecewa, hampa,, sepi, geram, marah, sedih, pilu, malu untuk berdepan dengan masyarakat, rasa bersalah, tidak lalu makan, sukar untuk melelapkan mata, mengalamun jauh dan ada ketikanya membahayakan diri, tidak fokus, resah serba tidak kena KESEMUANYA SEAKAN TIADA JALAN PENYELESAIAN
  3. FASA "EVALUATION / DETOXFICATION OF EMOTIONAL BLOCKAGE" ~ di FASA ini individu mulai menyedari kekuatan diri dan sumber @ COPING SKILL yang ada dalam menangani KEMELUT yang menekan diri. Antaranya keberanian untuk mendapatkan perkhidmatan profesional, berbincang dengan ibubapa mahupun rakan yang signifikan…muhasabah diri, kembali kepada ajaran agama, banyak membaca , mengisi masa dengan aktiviti yang lebih berfaedah dan sebagainya
  4. FASA MEMBERI MAKNA KEPADA PERISTIWA MAHUPUN DUGAAN YG DILALUI ~ mulai dapat menilai dan melalui sendiri "HIKMAH" di sebalik dugaan Allah ini.
"Kegagalan bukanlah beerti Tuhan telah meninggalkan anda …
Ianya hanyalah bermakna DIA mempunyai perancangan yang lebih baik untuk anda"...
" Apart from that now I’ve learn "I’VE SOUL IN EVERYTHING I DONE NOW"…I become "AWARE" in everything I do…in everything I do I’ll give my very best…lebih bersyukur…DAN SAYA BERTEMU DENGAN DIRI SAYA YANG SAYA CARI SELAMA INI…ketenangan, kecekalan, keberanian, keyakinan dan destinasi yang benar yang selama ini hanyalah igauan yang tidak kesampaian…di sebalik PERISTIWA INI saya ketemu HADIAH PALING BEHARGA DALAM KAMUS KEHIDUPAN SAYA…It tooks me years, pain, joy & sorrow to received this precious gift from Allah, saya benar-benar menghargainya"

Itulaa sebahagian paparan kehidupan…teringat saya dengan artikel yang pernah saya baca lewat 2003…antara intipati penulis yang ketika itu telahpun berjaya memperolehi Doktor Falsafah beliau…beliau sendiri tidak pasti SAMA ADA BELIAU HARUS BERDENDAM MAHUPUN MENGUCAPKAN JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA BEKAS KEKASIH BELIAU KERANA MENGKHIANATI CINTA MEREKA??? Kerana bertitik-tolak dari PERISTIWA PAHIT inilaa akhirnya membuahkan manis yang amat indah dan mahal harganya…dimana beliau BERTEMU DGN "JATI DIRI YG SELAMA INI TENGGELAM & MENYOROK NTAH DI MANA + DLM MASA YG SAMA BELIAU BERJAYA MENGGENGGAM DOKTOR FALSAFAH YG DIIDAMKAN...syukur beliau ke hadrat Allah diatas ujian ini…dan SESUNGGUHNYA JUGA ALLAH ITU JUGA MAHA KAYA & ADIL...setiap yg pahit pasti ada manis yg menanti itulaa ganjaran buat insan-insan yang sabar & teguh imannya...
Renung-renungkan sejenak…"ALLAH SENDIRI TIDAK AKAN MENGUBAH NASIB KITA SEKIRANYA KITA TIADA INISIATIF UNTUK MENGUBAHNYA"…Dan untuk BERUBAH ianya MENUNTUT KEIKHLASAN, KEBERANIAN & KEJUJURAN HATI…tasdiq di hati, minda dan perbuatan harus selari…CARILAH PENGIKTIRAFAN ALLAH…InsyaAllah bahagia yang dijanjikan oleh KEKASIH PALING AGUNG INI TIDAK AKAN MUNGKIR….ketenangan, keheningan, kesejahteraan, kebahagian dan keceriaan yang diimpikan pasti bertemu. Selangkah kita rapa PADANYA seribu langkah DIA mendapatkan kita…cuma seringkali kita hambaNYA sahaja melupakanNYA…

LiFe Is SaCred JoUrNeY…usah kita cemari perjalanan suci ini…

Semoga paparan ini memberi ikhtibar dan pengajaran buat kita semua...sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu datangnya dar kelemahan saya sendiri..

KHIDMAT KOMUNTI PERCUMA
Buat rakan-rakan yang mendambakan khidmat runding mahupun sesi kaunseling PERCUMA sila hubungi Pn Aniz atau Cik Jana di 03-55190500 atau 01-55190500 Talian Sahabat Pusat Kaunseling Negeri Selangor bertempat di Kompleks PKNS, Shah Alam untuk tempahan temujanji anda...
TALIAN SAHABAT JUGA TURUT MENAWARKAN KHIDMAT KELOMPOK BANTU DIRI SECARA PERCUMA BUAT YANG BERMINAT :
1) 1) Pengurusan Stress ~ Terokai Tentang STRESS, PUNCA, SYMPTOM & CARA MENANGANI : Setiap Hari Selasa ( Jam 10.00 pagi ~ 12.00tgh)
2) 2) Pengurusan Berat Badan ~ Bagaimana MENCETUS MOTIVASI DIRI untuk mendapat berat yang unggul SERTA TIPS-TIPS MIRACLE -***BONUS ISTIMEWA ~TEROKAI TEKNIK SAINS MINDA mendapatkan berat badan unggul (Setiap Selasa :Jam 2.30ptg~ 4.30ptg)
3) 3) Rahsia Mengenal Diri & Peranan Sains Minda Dalam Mencetus Kecemerlangan Diri (Setiap Hari Khamis )

C CARANYA BERIKAN MAKLUMAT DIRI NAMA PENUH, H/P , KELOMPOK YG INGIN DIHADIRI SERTA TARIKH TEMUJANJI.TEMPAT ADALAH TERHAD DAPATKAN TEMPAHAN ANDA HARI INI!!!

MATLAMAT ANDA OBJEKTIF KAMI...Izinkan kami di Talian Sahabat membantu anda!!!Allah sendiri tidak akan mengubah nasib individu jika individu itu sendiri tiada inisiatif untuk mengubahnya...BERANI & JUJUR UNTUK MELAKUKAN PERUBAHAN...INSYAALLAH KEJAYAAN MAMPU ANDA LEWATI!!!...

Salam Ukhwah;
Aniz Hj Anwar @ 012-3915362 @ 03-55190600

No comments: