Monday, January 15, 2007

Bicara Mahu Disayang Suami Part 1

Syukur dpt kita bertemu kembali dlm bicara juga tips berkaitan rumahtangga...rentetan "Bicara lalu" yang menyentuh isu poligami...

Jutaan terima kasih di atas kepercayaan dan sokongan yang terus diberikan semoga perkongsian ini mampu menyediakan kita ke arah mancapai kebaikan kesejahteraan diri rakan-rakan juga insan-insan tersayang di dunia dan akhirat...sama-sama kita kongsikan ilmu utk kemakmuran di bumi Allah...InsyaAllah...(Agak pjg juga sebenarnya tapi aniz kira amat bermakna pengisian di dlmnya...moga kita beroleh manfaat)

Imbas kembali bicara kita tempoh hari...bukan maksud Aniz mengharamkan yang halal...cuma disini renung-renung...fikir-fikir para suami pengisian yang perlu diisi untuk kita sama-sama mencipta bahagia di dunia dan di akhirat, bukan sekadar diri kita seorang atpi juga pimpinan kita anak isteri...kalau dah orang kanan kita 'isteri' kita diabaikan...silap haribulan boleh jatuh dizalimi bila haknya tidak diberikan dgn sewajarnya dan secara tidak langsung cuma kekawan dalami maksud ayat aniznie bukan sekadar menzalimi org lain tapi juga menzalimi diri kita, bukankah membuka ruang dosa disitu,itu tak masuk lagi kisah anak-anak..(aset kitatu nak tolong doakan kita di hari kemudian, doa dari anak yg soleh dan solehah jika kita kembali ke alam barzakhtu)...jika pengisian mereka ini kita abaikan, aset apa, modal apalaa agaknya yg boleh kita gunakan sbg "bantuan kita"..."sumber makanan" juga kegembiraan kita di negeri "abadi" itu...Haa??Soalan cepu emaskan...FIKIR JANGAN TAK FIKIR?

Jika kita sibuk, alpa..dgn nikmat dunia yg sementara...sehinggakan utk menyediakan aset-aset akhirat kita tercicir, bukankah satu kerugian yg amat besar???...betul tak, sedangkan disana nanti lebih kekal? Syaitan memang seronok...suka kita huru-hara, leka ..alpa...betul tak? Dah memang spesistu modus-operandinya nak cari geng lepak dgn "depa"kan...maka takkanlah kita yg dikirimkan Allah nikmat akal..nikmat iman...Al-Qur'an dan Sunnah sbg panduan hidup senang-senang memperbuduhkan diri...kasi can spesis tersbt MEMPERKOTAK-KATIKKAN kita...

Sentuh pasal sunnah...hee, orang lelaki musti sukakan...spashly tang "bab menikah lagi", cuma yg peliknya tang satunie diaorg suka nak praktik..tang sunnah nabi yg lain tercicir tu yang tak cantiktu...Teringat Aniz kata-kata Dr Masitah...Poligaminie ibarat ubat..panadol kalau kita kita tak sakit tak perlulaa ambil...org tak sakit telan panadol emm mudaratlaa jadinya...huru-hara...Renung-renung..fikir-fikir...

Ok...sentuh tentang tajuk kita harinie, aniz sendiri terpanggil utk berkongsi "excerpt" dr Dr Ikmalnie sebab PENGISIANNYA AMAT PADU DAN BERTEPATAN Aniz kira dlm suasana dan femenomena rumahtangga hari ini...Harinie kita cuba memahami '"ruang rujuk" para suami dan apa sebenarnya "pengharapan "mereka...terhadap suri hati yang juga isteri tercinta...moga-moga ianya boleh dijadikan panduan dan ikhtibar utk kita sama-sama mencipta bahagia di dunia dan akhirat dan menuju redha Ilahi...Amin...InsyaAllah...

MAHU DISAYANGI SUAMI? ??

Kalau adalah seorang isteri mengatakan dia tidak
mengharap kasih sayang dari suaminya, itu bermakna dia
telah berbohong. Sebab, memang tidak ada seorang
manusia pun yang tidak ingin dikasihi oleh orang lain
kecuali orang gila.

Tapi sayang, suami isteri hari ini kebanyakannya
renggang hati mereka, tipis kasih sayang mereka dan
selalu bermasam muka. Malah perceraian menjadi perkara
biasa. Ertinya ramai sekali wanita kita yang sedang
menderita.

Kenapa isteri gagal menjadikan suami sangat
menyintainya hingga tidak mahu berpisah dengannya?

Inilah persoalan yang mesti dijawab oleh semua wanita
hari ini. Mudah-mudahan jawapan ini dapat memberi
jalan penyelesaian pada masalah yang mengancam
keamanan di dalam rumahtangga.

Mula-mula sekali tanya kenapa seorang lelaki sanggup
berbelanja beratus malah beribu ringgit atau
berjuta-juta Rupiah semata-mata untuk mendapatkan
seorang isteri? tentu kerana untuk mengisi permintaan
hati (fitrah)nya yang ingin kepada belaian dan
penyerahan seorang wanita, layanan dan kemanjaan serta
pengurusan dirinya oleh isteri dan lebih jauh dari itu
untuk mendapatkan anak dan keriangan dalam
rumahtangga. Semua itu adalah tuntutan semulajadi yang
ada dalam diri semua lelaki dan tidak boleh tidak,
wajib dipenuhi.

Kalau tuntutan itu tidak diisi, jadilah kekosongan dan
kesyunyian dalam ruang dada si suami itu. Kalau begitu
tiadalah bermakna lagi rumahtangga, isteri dan
anak-anak padanya. Suami tidak akan bahagia dan
hatinya tidak akan tenang sekalipun rumahnya besar,
wangnya bertimbun dan dililiti dengan segala
kemewahan.

Untuk mengisi dan menunaikan kemahuan hati suami, para
isteri perlu menjawab soalan ini;

1. Setiap masa ketika suami di rumah, adakah anda
melayan keperluan dan kemahuannya serta memberi
sepenuh perhatian dalam urusan itu?
2. Setiap kali ketika suami pulang ke rumah, adakah
anda menantinya dan menyiapkan untuknya apa sahaja
yang diperlukan?
3. Rumahtangga dan anak-anak, sudahkah anda jaga
begitu teratur dan kemas hingga tiada satu sudut di
dalamnya yang boleh mencacatkan hati suami bila
memandangnya?
4. Sikap anda, percakapan anda, kasih sayang dan
gerak-geri anda, adakah semuanya menampakkan pada
suami bahawa anda benar-benar merelakan dan
menyerahkan sepenuh ketaatan dan kesetiaan hanya
padanya?

Kalaulah anda gagal untuk mengiakan semua pertanyan di
atas, bermakna anda seorang isteri yang sedang atau
telah gagal. Sesungguhnya tiada seorang suami pun di
dunia ini yang suka hati kalau isteri tidak melayani
kehendaknya. Tidak ada seorang suami pun yang suka
hati bila didapati isteri tiada di rumah ketika dia
keletihan pulang dari kerja.

Tidak akan terhibur hati suami kalau rumahtangga dan
anak pinak berkecamuk, tidak terurus. Tidak akan
bahagia suami yang berdepan dengan sikap dan
cakap-cakap isteri yang tidak menumpukan sepenuh kasih
sayang padanya. Bertambah-tambah tidak bahagia lagilah
bagi seorang suami itu bila isterinya lebih menjaga
kepentingan diri sendiri dari memenuhi kehendak dan
kemahuan suami.

Dalam keadaan itu isteri mesti memuliakan suami dan
memandang tinggi padanya, di samping merasakan diri
sendiri “memerlukan” suami dan rela untuk berkhidmat
serta taat sepenuhnya padanya. Pandangan dan sikap
begini amat penting kerana darinya akan lahir sikap
tolak ansur, kerjasama dan kasih sayang antara suami
isteri.

Sebaliknya kalau isteri beranggapan suami setaraf
dengannya, tiada keistimewaan apa-apa, tidak perlu
dimulia dan dipandang tinggi, apalagi untuk diberi
perkhidmatan dan ketaatan sepenuh masa. Maka itulah
punca utama terjadinya ketegangan dalam rumahtangga.

Bila isteri mahu bertindak macam suami, terjadilah
cerita dalam satu kapal mempunyai dua orang nakhoda.
Saling tarik-menarik dan akhirnya pecah lalu karam.
Adalah mustahil suami akan reka dia di “control” oleh
isteri. Bukan hati lelaki namanya kalau suami meminta
dia diarah dan diperintah oleh isteri.

Sedangkan perempuan hatinya kalau bersih dari nafsu,
memang rela menyerahkan apa saja khidmat pada suami.
Tanyalah hati masing-masing adakah suka berhias untuk
suami? Tentu “ya” jawabnya. Maka begitulah dalam soal
yang lain, hati perempuan memang rela untuk dia
digunakan oleh suaminya.

Tiada pilihan lain bagi isteri untuk dapatkan kasih
sayang suami dan kebahagiaan rumahtangga, kecuali
meletakkan dirinya sebagai “hak” suami dan rela untuk
berkhidmat pada bial-bila masa. Untuk itu, mungkin
berbagai-bagai pengorbanan perlu dibuat misalnya:

Memasak sendiri di rumah, dengan masakan yang boleh
memuaskan hati suami. Menjaga anak-anak dengan
pendidikan yang sebaik-baiknya. Menjaga kesihatan
diri, kemudaan dan kebersihan badan supaya sentiasa
diminati suami. Membina akhlak yang mulia semoga
dengannyalah suami akan terhibur dan terelak dari rasa
marah dan tawar hati.

Pendek kata, isteri mempunyai peranan yang cukup besar
dalam membina rumahtangga bahagia. Isteri yang bijak,
berilmu dan tahu cara-cara membentuk kebahagiaan
sahaja yang berjaya.

Perlu sangat diinsafi bahawa kasih sayang dan
ketenangan hati suami isteri adalah kurniaan Allah
swt. Ertinya, ia bukan bikinan manusia yang boleh
dibuat-buat, direka dan dirancang-rancang. Sebab soal
kasih sayang dan ketenangan adalah soal hati, yang
bergerak dan hidup tanpa kawalan lahiriah dan
kebendaan. Ia dikawal sendiri oleh Allah swt, secara
ghaib dan menggunakan syarat-syarat yang Allah sendiri
tentukan.

Jadi, untuk mencetuskan kasih sayang dan ketenangan
rumahtangga, faktor-faktor hubungan dengan Allah
adalah wajib diambil kira
. Yakni dengan beriman,
beramal dengan syariat Islam serta membanyakkan
ingatan (zikir) kepada Allah swt. Suami isteri yang
membelakangkan Allah swt adalah pasangan yang sukar
untuk memperolehi ketenangan dan kasih sayang.

Hati mereka berpecah, kepercayaan antara satu sama
lain hilang dan rasa persefahaman kian luput hari demi
hari. Walaupun usaha-usaha lahir yang mungkin sudah
cukup dilakukan untuk membina kebahagiaan tetapi
selagi hati masih kosong dari mengingati Allah, cuai
menjalankan perintah-perintah Allah maka selama itu
kasih sayang tidak tumbuh dalam erti kata yang
sebenarnya. Sebab kasih sayang adalah pemberian Allah,
dimasukkan ke dalam hati suami isteri yang benar-benar
taat dan patuh padanya.

Barangkali sukar untuk diakui hakikat ini memandangkan
realiti kehidupan rumahtangga yang berbagai-bagai dan
tidak terikat pada kenyataan di atas. Orang kafir yang
tidak percayakan Allah itu kekal rumahtangganya. Orang
Islam yang tidak sembahyang pun ada yang berbahagia
nampaknya. Sementelahan rumahtangga ahli agama pun
kadang-kadang berkecai. Jadi apa bukti bahawa punca
ketenangan dan kasih sayang ialah ketaatan kepada
Allah?

Sebenarnya, untuk mengukur benar tidaknya sesuatu
kenyataan itu tidaklah boleh hanya menggunakan satu
kaedah saja. Sebab Allah swt telah mentakdirkan
sesuatu, bukan dengan satu maksud sahaja. Setengah
orang kafir beroleh bahagia di dunia kerana Allah mahu
merasakan nikmat yang tidak mungkin mereka dapat di
akhirat. Orang Islam yang tidak sembahyang dan tidak
fikir halal dan haram nampak bahagia juga. Ini adalah
kemurkaan Allh sudah tertimpa ke atas mereka dan
dengan nikmat itu Allah mahu melalaikan mereka terus
menerus hingga mati betul-betul dalam dosa dan terus
ke neraka. Manakala ahli agama kadang-kadang pecah
rumahtangga mereka, Allah bermaksud menguji dan mahu
menghapus dosa-dosa mereka.

Maka saya tegaskan sekali lagi, bahawa sumber kasih
sayang yang abadi ialah ketaatan kepada Allah oleh
suami dan isteri serta anak-anak mereka
. Perceraian
yang menjadi-jadi dewasa kini adalah berpunca dari
tidak taatnya pasangan suami isteri kepada Allah swt.
Allah jadikan hati mereka berpecah belah hingga mereka
takut pada perceraian tetapi mereka tidak dapat lari
darinya. Biarpun rumah besar, harta banyak, kesihatan
sempurna dan dunia serba lengkap meliputi mereka, tapi
kalau hati berpecah, semua itu tidak boleh mengikat
suami isteri itu lagi.

Mahu tidak mahu mereka kenalah mengadap Allah swt.
Mengaku taat setia padanya dengan tawadhuk. Memohon
ketenangan dan kasih sayang untuk hati mereka..

Bersambung...

No comments: