Monday, January 15, 2007

Stress & Anda Part 1

Stress & Anda Part 1

Stress dan kehidupan sememangnya tidak mampu dipisahkan...dugaan dan cabaran dalam kehidupan datang silih berganti...Well! That is the sign of LIFE, tak gitu? Di sebalik musibah dan dugaan Allah terselindung seribu HIKMAH dan MANIS yang tersirat....Tidak seorang pun dari kita yang bisa immune dari dilanda STRESS...komitmen dan tanggungjawab dalam konteks keluarga, kerjaya, masyarakat dan seumpamanya jika tidak ditangani dengan bijaksana dan kesabaran yang tinggi boleh sahaja bikin 'hidup ini' jam @ stuck sementara...CUMA yang membezakan STRESS LEVEL setiap dari kita shj sama ada dapat markah penuh ataupun sebaliknya.

Lebih lagi dunia hari ini dengan tuntutan ekonomi yang ekonomi, cobaan hidup...jika tidak cukup ilmu mahupun tebal iman di dada harus shj tewas di pertengahan jalan menuruti gejolak nafsu dan jalan singkat. InsyaAllah dalam pertemuan singkat menerusi bicara stress & anda Part 1 ini saya akan cuba mengupas ..PUNCA-PUNCA mahupun FAKTOR TERCETUS STRESS dari perspektif TERAPI AURA.

Apajua yang kita lakukan di dunia ini REMEMBER KITA HARUS BERSIH HATI, IKHLAS & JUJUR pasti Allah akan mempermudahkan segalaya…Jangan lupa dekatkan diri pd Allah…KENALI POTENSI DIRI & KENALI ALLAH ~ selalu aktifkan MINDA SEPARA SEDAR ~ nanti kita akan kupas dalam sequel bicara stress & anda…bagaimana KUASA MINDA boleh membantu dalam menghadapi stress. Memadai peringkat awal ini selalu-selalulah lontarkan saranan dan hajat anda pd GELOMBANG ALPHA ~ InsyaAllah energy positif itu akan datang kepada kita dengan cara yang tidak diduga. Dan remember HIKMAH AIR ~ ianya merakam kuasa doa yang sangat hebat so setiap kali mandi perlu diisi & diniatkan…singkirkan segala energy negatif yang menganggu…begitujugalaa di hadapan rezeki…minuman dan makanan selain doa makan ~ isilaa ia dengan zikrullah & berdoalaa utk impian anda….Yang mana nak kurus, nak terang hati, nak tenang, berbahagia suami isteri dsbgnya…berdoalaa…InsyaAllah…pasti ada kelainannya selepas ini…

Latar belakang keluarga, pengajian kaunseling yang diikuti serta rencam kehidupan hari ini membuatkan saya mencari dan terus mencari serta mendalami ILMU dalam usaha saya memberikan yang terbaik terhadap Allah swt. Dan syukur alhamdulillah sepanjang penerokaan dan penemuan itu saya bertemu dengan MIRACLES ALLAH yang membuktikan KEHEBATAN & KEAGUNGANNYA…
Mungkin ada dikalangan rakan-rakan yang pernah membaca tentang MIND POWER, AURA & KAITANNYA DGN KEHIDUPAN, HIKMAH AROMATHERAPHY DAN SUMBANGANNYA TERHADAP PSIKOLOGI DAN PERSONALITI INDIVIDU ~ bila saya REFLEKSKAN KEMBALI dgn ajaran Islam…bau-bauan itu sunnah Rasul…Subhanallah! Patutlaa…respon pengguna rata-ratanya memberi maklumbalas yang positif apabila menggunakan aura seri mahupun aura genius.Mengapa???Bila saya teroka rupa-rupanya setiap pati bunga itu memiliki dzatnya yg tersendiri apatah lagi bila kita SERTAI pemakaiannya dengan doa, tertib dan affirmasi minda yg positif maka tidak mustahil …IMPAKNYA AMAT MEMUASKAN…

Untuk membantu kefahaman rakan-rakan , insyaAllah saya akan kongsikan kembali sebahagian ilmu, pengalaman dan penerokaan yang saya lakukan dalam usaha menyiapkan module saya.Ianya mencakupi beberapa displin ilmu antaranya AURA, CHAKRA, AROMATHERAPHY, MIND POWER, PSIKOLOGI, SPIRITUAL HEALING DAN KUASA DOA.

1. AURA & KEHIDUPAN …SEPINTAS LALU

Mungkin ada yang bertanya...apa itu Aura?Menurut Pakar Terapi Aura, Dr Ridzuan Noor menyebut aura adalah
medan tenaga yang hidup yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Ianya juga digelar sbg gelombang elektro-magnetik jaluran tenaga atau wap-wap air dalam warna-warna pelangi yang diserap.

Pancaran tenaga di luar tubuh ini terhasil drpd proses metabolisme yang terjadi di dalam tubuh sehingga
membentuk pancaran gelombang tenaga yang terdiri drpd ion positif dan ion negatif. Menurutnya lagi sungguhpun sinaran aura yg berbentuk telur raksasa itu tidak kelihatan sebenarnya ia wujud di persekitaran (menyelebungi ) tubuh manusia, haiwan serta tumbuhan hidup.

Terdapat 4 cara untuk melihat @ mengukur aura iatu menerusi 1)
Fotografi Kirlian dan kini lebih mudah lagi boleh menggunakan 2)kamera inframerah yg boleh didapati dikedai-kedai gambar. Walaubagaimanapun untuk melihat aura secara langsung juga boleh dilakukan dengan 3)kebolehan spritual yang memerlukan kehalusan jiwa dan ketenangan.

Bahasa yg lebih mudah lagi AURA juga boleh ditafsirkan sbg PAKAIAN @
PANCARAN QALBU. Kenapa? Istimewa sekali sifat aura ini, jika kita perhatikan di persekitaran kita adakalanya insan yg mendampingi kita atau dipertemukan dengan individu yang bukanlaa dikalangan insan yg kacak, jelita atau serba hebat penampilan imejnya tetapi wajahnya serta pembawakan dirinya cukup mengheningkan...wajah yang redup, pemikiran, akhlak dan budibicara yang sopan, teratur, jujur, ikhlas, tepat, padat dan terperinci cukup mempamerkan kejernihan hati & karisma diri beliau.....Itulaa ciri individu yang memiliki AURA YG CANTIK, HARMONI & HEBAT.

Aura juga boleh ditafsirkan sbg PERISAI QALBU dimana insan yang hebat, stabil dan harmoni auranya sukar diganggu-gugat oleh dugaan-dugaan hidup. Dugaan & cabaran tetap hadir dlm kehidupan tapi beliau tetap terus tabah, redha, berlapang dada, sabar, cekal, yakin akan potensi diri, bersangka baik pada Allah dan sabar...tembok auranya sukar dicerobohi oleh elemen tenaga negatif.

Sifat aura adalah yg sesuatu tulus, bersih, positif dan harmoni...namun IANYA BOLEH BERUBAH SEIRING DGN PERJALANAN EMOSI, MINDA, FIZIKAL & SPRITUAL individu.Fitrah kehidupan insan yg tidak pernah lepas dr dugaan & cabaran juga dibesarkan dalam latar belakang serta sejarah yang berbeza menyebabkan ada ketikanya pancaran aura menjadi tidak hormoni, kelam, busuk, bocor dan tersumbat. Keadaan ini mengakibatkan individu tersebut melalui fasa yg dinamakan EMOTIONAL BLOCKAGE.

IMPAK STRESS

Dalam konteks ilmu AURA & STRESS,
emotional blockage yg berlaku jika tidak dibendung dan ditangani dengan baik boleh menjejaskan perkembangan personaliti seperti kurang keyakinan diri, panas baran, ego yang tidak bertempat, berfikiran negatif & tertutup, mudah mengalah, putus asa, kecewa, sensitif yg keterlaluan, gopoh, keliru, tiada pendirian, hidup dikuasai oleh orang lain, pedendam dan sebagainya. Ciri-ciri individu yang memiliki personaliti yang disebutkan menunjukkan pancaran auranya tidak cantik & harmoni. Keadaan ini nanti bukan sahaja menganggu perkembangan personaliti bahkan juga dari sudut fizikal & kesihatan. Emotional blockage yg wujud secara tidak langsung menyebabkan INDIVIDU TERJERAT DI DALAM KEADAAN STRESS & DEPRESSION @ KEMURUNGAN jika ianya tidak dikawal...dari sudut saintifik apabila seseorang individu berada di dalam keadaan stress, murung atau tertekan ini akan hanya :
  1. Menganggu sistem immunisasi tubuh
  2. Tubuh akan menjadi lebih asidic dan ini akan merangsang pembiakan sel barah dalam tubuh manusia
  3. Memperlahankan metabolisme individu ( bagi mereka yg ingin lose weight elakkan diri dari stress jikatidak percubaab anda utk menghilangkan berat badan akan hanya melalui perjalanan yg lebih sukar)
  4. Malah ianya juga boleh membawa kpd masalah kesihatan yang lain spt kidney failure, serangan jantung, kurang kesuburan, migrane, insomnia, diabetes,impoten, tekanan darah tinggi, hyperthyroid, asthma dll.
Impak dari STRESS yang tidak terkawal boleh menyebabkan KEMURUNGAN dan pergantungan ubat-ubatan anti depression yang akan hanya menyukarkan perjalanan untuk pulih. Masalah tidak akan selesai dengan hanya mengambil ubat penenang dan tidak apa yang perlu ditekankan adalah KEBERANIAN & KESUNGGUHAN DIRI INDIVIDU YANG BERMASALAH UNTUK BANGKIT DAN MEMBAWA DIRINYA KELUAR DR KEPOMPONG YG SELAMA INI MENJERAT & MENGHANTUI DIRI. ~ Disini pendekatan KAUNSELING diketengahkan untuk menyuntik celik akal dan motivasi dalaman diri klien @ individu untuk berubah.

Seterusnya menerusi pendekatan AURA TERAPI kita dapat mengetahui bahawasanya aura tubuh yg TIDAK HARMONI, KUSAM & KELAM jika tidak dibersihkan akan menyebabkan individu
terjerat dlm kepompong pemikiran, personaliti yg negatif bahkan boleh menjejaskan kesihatan individu. Sekiranya INTERVENSI @ RAWATAN tidak dilakukan ianya akan mengekang pencarian kehidupan yang lebih teruja, ceria, sejahtera & lebih bermakna. Malah bukan itu sahaja jika dibiarkan tidak mustahil akan menyebabkan individu mengalami masalah KESIHATAN MENTAL.
2.KAITAN AURA & CHAKRA DLM KEHIDUPAN INSAN
~ Apa itu chakra?Ianya merupakan tempat yang menyimpan tenaga yang dicerap oleh sistem antena individu iaitu mata, telinga, hidung, mulut & kulit.

~ Terdpt 7 pusat chakra ~ root chakra (merah), sacral chakra (jingga), solar plexus (kuning), heart chakra (hijau), throat chakra (biru), third eye chakra (indigo) dan crown chakra (violet).
~ Dlm konteks ilmu aura sekiranya pusat chakra ini tersumbat ianya akan melemahkan organ di dlm tubuh dan mengakibatkan organ tadi tidak berupaya memancarkan GELOMBANG WARNA BAIK & CANTIK. Maka lazimnya apa yang berlaku sekiranya blockage mahupun keseimbangan warna @ aura itu tidak harmoni secara tidak langsung akan turut menjejaskan kesihatan individu dalam jangkamasa panjang.

~ FAKTOR YG MEMPENGARUHI AURA ~ 4 FAKTOR DALAMAN INDIVIDU iaitu emosi, kebersihan hati @ qalbu, spritual, fizikal & mental manakala 2 FAKTOR LUARAN iaitu alam sekitar spt kebisingan, pencemaran alam, jerebu dsbnya & premis ataupun kediaman yang diduduki cthnya tempat-tempat maksiat, kediaman yang lama telah ditinggalkan dan seumpamanya. Lain-lain faktor pula adalah pengambilan dadah, arak.

~ Aura berputar mengelilingi badan kita mengikut putaran lawan jam yg berbentuk bujur telur.
Medan tenaga ini berputar mengikut kelajuan tersendiri (paling perlahan dibahagian bawah dan paling laju dibahagian Crown Chakra).

~ 7 pusat chakra ini akan mencerap tenaga-tenaga positif disekeliling kita dan tenaga-tenaga inilah yg membantu kita membentuk keperibadian, kerohaniah & juga kesihatan kita. Sekiranya pintu-pintu chakra ini tersumbat, bocor & aura tidak seimbang, maka individu berkenaan akan cenderung terjebak di dalam konflik atau masalah yang akan menjejaskan perkembangan personaliti kita dan kesihatan diri.Kesemua ini ada kaitannya dengan AURA, CHAKRA & kehidupan kita.

Rujukan Kes : Kisah 1

Kebetulan beberapa minggu yang lalu saya mengendalikan sesi konsultasi dengan seorang ibu muda yang baru kematian zuriatnya...baby lahir tidak cukup bulan. Baru lepas pantang..sedikit saja saya cuit, "ARE YOUR HAVING STRESS DURING YOUR PREGNANCY??"...Pupp! Emm...yes kak aniz, kerjaya sbg jurutera dengan jadual kerja tak menentu..kena stand by, panjat tower, naik gondola...tuntutan dan tekanan dr majikan untuk menyiapkan tugasan really buat I drain out of energy apatah lagi saat mengandung...I betul-betul rasa lemah dan tak segagah kehamilan pertama dulu...bermacam kaedah dan ubat juga saya cuba tapi macam takde impak atau perubahan yang saya inginkan...macam biasajek...sehinggalaa di usia kandungan 6 bulan lebih saya bleeding dan baby lahir namun kesan drpd tahap kesihatan serta tak cukup bulan baby saya meninggal...it's a girl, kalau hidup haritu sepasang zuriat saya.Ada nada sedih seorang ibu menangisi anak pemergian anak yang dikandungnya.

Kesempatan waktu dalam pantang saya surf di internet dan terbaca blog justeru saya ambil peluangnie utk mendapatkan konsultasi ...komen Pn Leana dr Klang.

Mendengar luahan hati beliau...saya
cuba mengimbas kembali maklumat, ilmu juga pengalaman yang saya perolehi menerusi kuliah STRESS MANAGEMENT, PERKAITAN AURA, CHAKRA dan kesannya terhadap individu.

Masih ramai yang kurang jelas rupanya
apa itu AURA? Dalam bahasa yang mudah AURA bolehlaa ditafsirkan sebagai "PERISAI DIRI"...Mengapa???Insan yang hebat auranya sukar dikesani mahupun dicerobohi tembok pertahanan auranya. Secara umumnya TERDAPAT 6 FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERTAHANAN AURA...:

1)
Emosi ~ Akibat ujian hidup serta tekanan memenuhi tuntutan kehidupan dlm bidang kerjaya, rumahtangga, keluarga, masyarkat ada ketikanya sifat manusia yg tidak terlepas dr kelemahan diri adakalanya terkesan juga.Cth : Dugaan putus cinta, penceraian,kematian, hilang sumber pendapatan....dikhianati dsbgnya menyebabkan emosi individu terganggu. Perasaan hampa, 'numb'/kosong, buntu, kecewa, putus asa, sepi, pilu, rindu, marah, geram, benci, kurang keyakinan diri, dendam, kesal...semuanya bercampur baur.

KESANNYA ~ Jika keadaan ini tidak dibendung dan tiada INTERVERSI/RAWATAN dilakukan tidak mustahil akan berlakunya LEKATAN..fixation...(lebih lagi sekiranya 'emosi yg terpendam' itu dicarry bertahun2 lamanya) dan individu terbabit akan terus berlegar-legar dan berlegar dalam KEPOMPONG YG DIPENUHI DAN DIWARNAI TENAGA YG NEGATIF YANG MENYESAKKAN JIWA DAN RASA. ~ individu seakan tiada kekuatan untuk membawa dirinya keluar dari 'kesakitan' yang dialaminya. MEREKA TERJERAT DALAM EMOTIONAL BLOCKAGE.

2)
Fizikal ~ Sebagaimana yang saya jelaskan dlm banyak penulisan saya emosi yang terpendam/stress secara tidak langsung dan tanpa kita sedari AKAN MELEMAHKAN IMUNISASI TUBUH INDIVIDU. Why???Mengapa :
i) Apabila individu berada di dalam keadaan yang tertekan lazimnya mereka
sukar mendapat tidur yang nyenyak ke tahap delta, malah ada yang kritikal mereka mengalami insomnia.Dari segi Islam dan fitrah manusia waktu tidur adalah waktu dimana sel-sel dalam tubuh kita dirawat dan dibaikpulih ~ ketika tidur di tahap DELTA.Dan oleh kerana fikiran yg kusut sukar nak lena bagaimana sel-sel itu mampu dirawat, betul tak? Sebab itulaa sungguhpun tidur namun apabila individu itu celik mata masih rasa LETIH, MALAS, TIDAK SEGAR dan segala aktiviti hanya dipaksa-paksa shj tanpa ada jiwa utk melakukannya.

Ada ketikanya juga individu diganggu dengan mimpi yang aneh dan menakutkan binatang berbisa, ular, kala jengking, berlari, jatuh gaung, gunung...bersetubuh yg berpanjangan dsbnya. Mengikut maklumat yg saya perolehi drpd Dr Amran Kasimin di dalam kupasan thesisnya berkaitan merawat gangguan sihir, jin dan iblis....sekiranya individu kerap bermimpi sebgaimana yg disebutkan ianya menunjukkan simptom-simptom wujudnya kehadiran unsur gangguan asing. Dan insyaAllah sebenarnya tidaklaa susah untuk kita merawat keadaan-keadaan spt ini. Ianya berkaitlangsung dengan KEKUATAN RUHANI kita...kembali kpd Islam...bersihkan hati, banyakkan bertaubat ~ anggaplaa ianya sebhgn KIFARAH ALLAH, munajat...mohon sepenuh hati padaNYA...bangun qiamulail..insyaAllah itu sebenarnya PENAWARNYA. Ada dalam diri individu...walaubagaimanapun buat yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut tertib, pendekatan selebihnya boleh hubungi saya utk sesi rawatan maupun konsultasi.

Adaketikanya 'musibah' penyakit, gangguan mahupun tekanan yang dialami bukannya salah orang lain....salah diri sendiri. "Allah sendiri tidak menzalimi manusia itu melainkan individu itu sendiri yang menzalimi dirinya" ~ ada ketika LUPA ALLAH, LUPA TANGGUNGJAWAB ~ hak-hak yang perlu diberikan secara adil dan seimbang sbg suami, isteri, anak, pekerja,majikan dsbgnya. Mungkin anda pernah menganiayai kehidupan orang lain...As I said before "PENELITIAN ALLAH ITU MAHA HALUS"...ada rahsia dan hikmah di sebalik sesuatu UJIAN ALLAH...sekurag-kurangnya mungkin di akhirat nanti seksa yang perlu dijalani berkurangan...

3)
Mental ~ Yang nie pun tak kurang HEBAT powernya...lazimnya manusia ini SERING MEMBERIKAN PERNYATAAN YG BERNADA NEGATIF PADA DIRINYA...APATAH LAGI YANG BERADA DI DALAM KEADAAN YG TERTEKAN. Dan mulalaa IRRATIONAL BELIEF individu itu mengambil tempat..."Takut nanti orang tahu...nanti orang ejek..ketawakan...malu"..."Aku lemah, tak berdaya melupakan kenangan silam yang indah...terluka ~ cth mudahlaa yang mana kecewa bercintatu.Padahal sipolan exboyfren mahupun exgefren waduh tengah berbahagia di ambang perkahwinan cthnya...Nampak tak???Disebabkan insan yang hampeh melukakan hati U...U nak meraung, meratap..menagis...menarik diri U daripada meneroka nikmat Allah yg terujanie...Well! Itulaa saya kira macam ala-ala 'stupid gitu' like what Amani saidlaakan...Berbaloi U mudaratkan diri utk orang tidak menyayangi dan menghargai U...well ..fikir-fikir...

REMEMBER
!!~ pernyataan-pernyataan yang kita berikan pd DIRI kita ianya ibarat sumber...ianya boleh BERTINDAK SEBAGAI BAJA DAN SEBALIKNYA RACUN YG MEMUDARATKAN...So be "AWARE"!!! Pernyataan yg positif akan memberi rangsangan yg positif ke arah pencapaian matlamat mahupun KEJAYAAN YG ANDA IDAMKAN sekiranya sebaliknya pula IANYA IBARAT RACUN YG AKAN MEMBUNUH U DALAM DIAM!!!

Bukan itu shj...PEMIKIRAN YG NEGATIF..skeptikal, stereotaip, tertutup...
tak pernah memberi RUANG & PELUANG UTK CUBA TIDAK MUSTAHIL MENYEBABKAN INDIVIDU TERLIBAT "STAGNAN" / JUMUD...tiada pembaharuan juga peningkatan yang dialami dalam kehidupannya...Mengaku kalah sebelum berjuang bermacam-macam dalih dan alasan diberikan.Fikir-fikirkan sejenak...APAKAH KITA MENEPATI TUNTUTAN & TANGGUNGJAWAB SBG SEORANG KHALIFAH :
i) Utk menyempurnakan diri sendiri
ii) Untk menyempurnakan masyarakat
iii) Utk menyempurnakan dunia fisikal yg didiami ~ Excerpt from "Gentle Reminder for Litte Khalifah Reminder by Late Prof. Dr.Muhammad al'Mahdi" ~ Al Fatihah)

4) Spiritual /Keruhanian ~ Sebagai hamba Allah kita tidak menafikan sifat hambaNYA yang lemah...malah tujuan kita dihidupkan adalah untuk MENGABDIKAN DIRI PADA ALLAH...itu janji yg kita janjikan namun COBAAN DUNIA, ATURCARA SYAITAN YG DURJANA TANPA IMAN YANG MANTAP, KEFAHAMAN ILMU JUGA AKHLAK tidak mustahil kita terjerat. Selalu saya tekankan pada klien yang menjalani sesi kaunsleing mahupun konsultasi bersama saya...ALLAH...ALLAH...ALLAH...kita buru REDHA ALLAH...JANGAN BODOHKAN DIRI IKUT TELUNJUK SYAITAN YG MEMANG MENCARI GENG UNTUK "BEREHAT" DGN MEREKA DI NERAKA....syaitan soh masuk gaung U masuk, syaitan soh U makan najis U makan...teralpa dalam nikmat yg sementara...Sedangkan Allah berikan U nikmat iman,ilmu, akal...kita bukan hidup di zaman batu ataupun dalam gua...maklumat hanya di hujung cari...manfaatkan!!!Hadir kita sesama makhluk untuk saling bantu- membantu...dapatkan bantuan sekiranya U memerlukan...

Banyakkan BERTAUBAT...MUHASABAH DIRI...BERSIHKAN HATI...PELIHARA QALBU!!! Jauhkan daripada sifat tamak, buruk sangka, dengki, iri hati, sombong, ujub, bangga diri, tidak senang melihat kejayaan orang lain...adajer yg negatifnya...ibarat dirinya saja betul 100%....paling sempurna...JANGAN!!! HINDARI SIFAT NEGATIF INI....Jaga QALBU!Why???

Ruh manusia dapat menilai...tanpa kita sedari perbuatan kita, pertuturan kita dan apajuga yang kita lakukan
IANYA BERKAIT LANGSUNG DENGAN KEBERSIHAN HATI @ QALBU KITA...SEKIRANYA HATI KITA KURANG BERSIH...TERPALIT KELEMAHAN DIRI YG DISUBAHATKAN OLEH SYAITAN ITU NANTI TANPA DISEDARI "ANDA" AKAN MENUTURKAN PERKATAAN MAHUPUN PERBUATAN YANG MEMBAWA PERLAMBANGAN HATI @ QALBU ANDA NANTI...

Qalbu tidak bisa menipu...hanya dengan
KEBERANIAN, KEIKHLASAN DAN KEJUJURAN KITA MAMPU MENAKLUKINYA...LETAKKAN ALLAH DAN RASUL DI HATI...BURU REDHA ALLAH....InsyaAllah sekiranya ruang ini bisa anda takluki saya yakin sebahagian perjuangan anda menuju KEJAYAAN telah tercapai...inilaa kekuatan dan senjata paling beharga...

Kita kenal diri kita...kita kenal Allah...kita kenal perjalanan syaitan....InsyaAllah tidak mudah untuk terkesan akibat modus operandi spesis ini....Dugaan tetap hadir...ITULAH SIMBOL / LAMBANG...insan yang "HIDUP" ...or else mati...death..takde nyawa...tapi hidup IANYA MENUNTUT PERJUANGAN... macam pergi perang kita kena ada ILMU...perlu ada STRATEGY barulaa boleh jadi KHALIFAH YG HEBAT & BERJAYA...memberi makna pada kehidupan yang dilalui bukan shj diri sendiri tapi juga keluarga, masyarakat dan dunia seluruhnya....

USAH BIARKAN STRESS MEMBELENGGU DIRI ANDA!!! STRESS YANG TIDAK TERKAWAL BOLEH MENYEBABKAN KEMURUNGAN YANG BERPANJANGAN...DIMANA IMPAKNYA DALAM DIAM AKAN "MEMBUNUH" QUALITI & POTENSI
DIRI DALAM SENYAP...
Cukupla perkongsian kita pada kali ini...nanti kita sambung lagi baki 2 faktor yang mempengaruhi AURA...dalam STRESS dan ANDA PART 2

Semoga paparan ini memberi ikhtibar dan pengajaran buat kita semua...sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu datangnya dar kelemahan saya sendiri...

KHIDMAT KOMUNTI PERCUMA
Buat rakan-rakan yang mendambakan khidmat runding mahupun sesi kaunseling PERCUMA sila hubungi Pn Aniz atau Cik Jana di 03-55190500 atau 01-55190500 Talian Sahabat Pusat Kaunseling Negeri Selangor bertempat di Kompleks PKNS, Shah Alam untuk tempahan temujanji anda...

TALIAN SAHABAT JUGA TURUT MENAWARKAN KHIDMAT KELOMPOK BANTU DIRI SECARA PERCUMA BUAT YANG BERMINAT :
1) 1) Pengurusan Stress ~ Terokai Tentang STRESS, PUNCA, SYMPTOM & CARA MENANGANI : Setiap Hari Selasa ( Jam 10.00 pagi ~ 12.00tgh)
2) 2) Pengurusan Berat Badan ~ Bagaimana MENCETUS MOTIVASI DIRI untuk mendapat berat yang unggul SERTA TIPS-TIPS MIRACLE -***BONUS ISTIMEWA ~TEROKAI TEKNIK SAINS MINDA mendapatkan berat badan unggul (Setiap Selasa :Jam 2.30ptg~ 4.30ptg)
3) 3) Rahsia Mengenal Diri & Peranan Sains Minda Dalam Mencetus Kecemerlangan Diri (Setiap Hari Khamis)

C CARANYA BERIKAN MAKLUMAT DIRI NAMA PENUH, H/P , KELOMPOK YG INGIN DIHADIRI SERTA TARIKH TEMUJANJI.TEMPAT ADALAH TERHAD DAPATKAN TEMPAHAN ANDA HARI INI!!!

MATLAMAT ANDA OBJEKTIF KAMI...Izinkan kami di Talian Sahabat membantu anda!!!Allah sendiri tidak akan mengubah nasib individu jika individu itu sendiri tiada inisiatif untuk mengubahnya...BERANI & JUJUR UNTUK MELAKUKAN PERUBAHAN...INSYAALLAH KEJAYAAN MAMPU ANDA LEWATI!!!...

Salam Ukhwah;
Aniz Hj Anwar @ 012-3915362 @ 03-55190600

No comments: