Monday, January 15, 2007

Stress & Anda Part 4

Stress & Anda Part 4

Alhamdulillah malam ini menyambung kembali DSTK yg terhenti hampir …Imbas kembali tentang TEORI INTERVENSI KRISIS yang diketengahkan pada DSTK lalu…Dalam MELALUI FASA-FASA UJIAN GETIR KEHIDUPAN lazimnya individu akan melalui 4 FASA UTAMA ini iaitu :
  1. PERISTIWA
  2. YG MENYEBABKAN INDIVIDU TERTEKAN YANG BOLEH MEMBAWA KEPADA STRESS MALAH DEPRESSION SEKIRANYA TIDAK DIKAWAL
    ~ Pada zahirnya "PERISTIWA" yang berlaku hanyalaa sekadar PENCETUS KONFLIK yang berlaku sedangkan hakikatnya…banyak emosi-emosi yang terpendam serta 'unfinished business' yang dibawa dalam perjalanan kehidupan. Cthnya iklim keluarga, gaya asuhan, persekitaran dsbnya.
    Senario A : Alia (bukan nama sebenar) merupakan anak dari perkahwinan yang tidak harmoni , ibunya selaku isteri pertama dianiyai . Beliau dibesarkan dlm suasana yg mencerap perlakuan seorang lelaki yang bergelar suami & juga bapa yang lupa akan tanggungjawab, melakukan penderaan fizikal dan psikology pd isteri & anak-anak. Apabila meningkat dewasa Alia berkenalan dgn seorg lelaki dan panas yang disangka hingga ke petang rupanya hujan di tengahari…cintanya dikhianati apatah lagi bekerja di bumbung yang sama menyebabkan hidup Alia ‘terseksa’. Emosi Alia sukar dikawal, sikap panas barannya memuncak…MENGAPA AGAKNYA SITUASI INI BERLAKU???
    Tanpa disedari EMOSI YG TERPENDAM…API DENDAM YG DIBAWA menyebabkan beliau terjebak dalam konflik diri yang mengelirukan…Alia melihat imej bekas teman lelaki spt ayahnya…maka dengan itu API DENDAM yg di ibarat api dalam sekam itu JIKA TIDAK DILAKUKAN INTERVENSI akan menjerat & memudaratkan dirinya tanpa disedari.
  3. FASA KRISIS / EMOTIONAL BLOCKAGE
  4. ~ dimana peristiwa yang berlaku menyebabkan individu merasa amat tertekan, buntu, kehilangan, kecewa, hampa, sepi, geram, marah, sedih, pilu, malu untuk berdepan dengan masyarakat, rasa bersalah, tidak lalu makan, sukar untuk melelapkan mata, mengalamun jauh dan ada ketikanya membahayakan diri, tidak fokus, resah serba tidak kena KESEMUANYA SEAKAN TIADA JALAN PENYELESAIAN YG MUKTAMAD.
    ~ Individu seolah-olah BERADA DLM KEPOMPONG YANG DIBINANYA SENDIRI. Ada insan membenarkan dirinya melalui PUSINGAN RODA YG TIADA JALAN KELUAR @ PENGHUJUNGNYA bertahun-tahun lamanya. Individu ini TAKUT utk berhadapan dengan realiti…sungguhpun punya keinginan untuk membebaskan diri NAMUN rasa seakan tidak berdaya apatah lagi terbuai layu dengan pujuk rayu pasangannya.
    Senario : Betty membenarkan dirinya bergelar seorang isteri atas kertas shj tapi pada hakikatnya makan, minum, perbelanjaan harian, isi rumah, persekolahan anak, kereta semuanya beliau yang menanggungnya….tidak cukup dengan itu pasangan beliau turut menjadikan beliau ‘punching bag’, bank bergerak dan tempat utk melampiaskan nafsunya shj…sedangkan dlm waktu yg sama si suami mempunyai kekasih yang bersilih ganti.Hampir suku abad Betty membenarkan 'harapan'nya tumbuh tapi sayang harapan & pengorbanannya hanyalaa harapan yang akhirnya mengorbankan dirinya sendiri.
    ~ Betty ingin keluar dari kepompong INI tetapi beliau takut…tidak berdaya…lemas…keliru MAKA sekiranya INTERVENSI tidak dilakukan maka itulah nanti dalam diam akan ‘membunuh’ jiwa seorang isteri tadi…hidup tapi takde jiwa…masalah & malang yang tiada titik noktah…duduklaa berlingkar di lingkaran yg sama….bertahun-tahun…Akan tetapi sekiranya INTERVENSI dilakukan tidak mustahil Betty mampu utk melihat senario ini secara holistik dan MAMPU membuat keputusan yg terbaik untuk kehidupan dan kebahagian hidupnya.
  5. FASA "EVALUATION / DETOXFICATION OF EMOTIONAL BLOCKAGE
  6. " ~ di FASA ini individu mulai menyedari kekuatan diri dan sumber @ COPING SKILL yang ada dalam menangani KEMELUT yang menekan diri. Antaranya keberanian untuk mendapatkan perkhidmatan profesional/ustaz/ulamak, berbincang dengan ibubapa mahupun rakan yang signifikan…muhasabah diri, kembali munajat kpd PENTADBIR YANG MAHA AGUNG, banyak membaca , mengisi masa dengan aktiviti yang lebih berfaedah dan sebagainya
    ~ Apabila individu MULAI MENYEDARI "KESILAPAN & KELEMAHAN DIRI" beliau akan mula untuk MENGUTIP & MENGUMPUL KEKUATAN YG ADA UTK MENANGANI PEMASALAHAN YG DIHADAPI.Di sinilah hadirnya seorang kaunselor yang memiliki kompetensi membantu klien utk keluar dari belenggu yang nenghimpit diri...
  7. FASA MEMBERI MAKNA KEPADA PERISTIWA MAHUPUN DUGAAN YG DILALUI
  8. ~ mulai dapat menilai dan melalui sendiri "HIKMAH" di sebalik dugaan Allah ini.
~ Di FASA TERAKHIR ini individu MULAI MERASAI HIKMAH & KEBAIKAN di sebalik dugaan yang melanda…lazimnya individu bertemu dengan KEKUATAN DIRI…LEBIH YAKIN, JUJUR DAN MATANG dalam menangani dugaan kehidupan.
Secara kesimpulannya utk melalui KEEMPAT-EMPAT PERINGKAT INI…MENUNTUT ANJAKAN PARADIGMARenung-renungkan sejenak…"ALLAH SENDIRI TIDAK AKAN MENGUBAH NASIB KITA SEKIRANYA KITA TIADA INISIATIF UNTUK MENGUBAHNYA"…Dan untuk BERUBAH ianya MENUNTUT KEIKHLASAN, KEBERANIAN & KEJUJURAN HATI…tasdiq di hati, minda dan perbuatan harus SERENTAK & SELARI… PERLU BERANI, YAKIN...BERI RUANG & PELUANG PD DIRI UTK MENIKMATI KEHIDUPAN YG BAHAGIA...CARILAH PENGIKTIRAFAN ALLAH…InsyaAllah bahagia yang dijanjikan oleh KEKASIH PALING AGUNG INI TIDAK AKAN MUNGKIR….ketenangan, keheningan, kesejahteraan, kebahagian dan keceriaan yang diimpikan pasti bertemu. Selangkah kita rapat PADANYA seribu langkah DIA mendapatkan kita…cuma seringkali kita hambaNYA sahaja melupakanNYA…
Teringat saya perbincangan di dalam wanita hari ini, dengan artis jemputan membicarakan tentang isu penceraian...Rakan artis ini mengambil tempoh 2 tahun untuk memberi ruang dan peluang pd beliau & suami malah dalam masa yang sama juga beliau tidak berhenti MUNAJAT pd Allah memohon petunjuk yang tepat dan terbaik dalam ILMUNYA....benar sekali...daripada DIA dugaan dan ujian ini hadir maka tidak salah kiranya kepada YANG MAHA AGUNG itu kita adukan segalanya memohon KEKUATAN, PIMPINAN DAN KEBAHAGIAAN SERTA KELANCARAN dalam menangani dugaan yang hadir...kalau agak-agak buntu dan tidak tahu jalan mana yg perlu diambil lakukan istiharah...tetapi ingatlah BERJUANGLAH DAHULU SEBELUM MENGALAH...sekurang-kurangnya U akan rasa tenang dan puas hati dengan usaha yg diberikan untuk menyelamatkan perkahwinan.
"Tiada siapa sebenarnya menzalimi kehidupan ini melainkan individu itu sendiri"...dengan membuat pilihan yang dia sendiri memilihnya...bukankah begitu? Renung-renungkan sejenak....fikir-fikir???
LiFe Is SaCred JoUrNeY…usah kita cemari perjalanan ini
Semoga paparan ini memberi ikhtibar dan pengajaran buat kita semua...sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu datangnya dar kelemahan saya sendiri...

KHIDMAT KOMUNTI PERCUMA
Buat rakan-rakan yang mendambakan khidmat runding mahupun sesi kaunseling PERCUMA sila hubungi Pn Aniz atau Cik Jana di 03-55190500 atau 01-55190500 Talian Sahabat Pusat Kaunseling Negeri Selangor bertempat di Kompleks PKNS, Shah Alam untuk tempahan temujanji anda...
TALIAN SAHABAT JUGA TURUT MENAWARKAN KHIDMAT KELOMPOK BANTU DIRI SECARA PERCUMA BUAT YANG BERMINAT :
1) 1) Pengurusan Stress ~ Terokai Tentang STRESS, PUNCA, SYMPTOM & CARA MENANGANI : Setiap Hari Selasa ( Jam 10.00 pagi ~ 12.00tgh)
2) 2) Pengurusan Berat Badan ~ Bagaimana MENCETUS MOTIVASI DIRI untuk mendapat berat yang unggul SERTA TIPS-TIPS MIRACLE -***BONUS ISTIMEWA ~TEROKAI TEKNIK SAINS MINDA mendapatkan berat badan unggul (Setiap Selasa :Jam 2.30ptg~ 4.30ptg)
3) 3) Rahsia Mengenal Diri & Peranan Sains Minda Dalam Mencetus Kecemerlangan Diri (Setiap Hari Khamis )

C CARANYA BERIKAN MAKLUMAT DIRI NAMA PENUH, H/P , KELOMPOK YG INGIN DIHADIRI SERTA TARIKH TEMUJANJI.TEMPAT ADALAH TERHAD DAPATKAN TEMPAHAN ANDA HARI INI!!!

MATLAMAT ANDA OBJEKTIF KAMI...Izinkan kami di Talian Sahabat membantu anda!!!Allah sendiri tidak akan mengubah nasib individu jika individu itu sendiri tiada inisiatif untuk mengubahnya...BERANI & JUJUR UNTUK MELAKUKAN PERUBAHAN...INSYAALLAH KEJAYAAN MAMPU ANDA LEWATI!!!...

Salam Ukhwah;
Aniz Hj Anwar @ 012-3915362 @ 03-55190600

No comments: