Monday, January 15, 2007

Kaunseling & Anda Part 1

Assalamualaikum dan salam hormat buat semua....Terima kasih krn sudi melawat web blog saya....

Lama aniz tidak menulis....rindu juga sebenarnya namun hambatan waktu dan rutin setelah kembali bergelar pelajar membataskan segalanya. Alhamdulillah, dengan izin Allah aniz kini meneruskan INTERNSHIP PRAKTIKAL KAUNSELING di Talian Sahabat, Pusat Kaunseling Negeri Selangor ~ berminat untuk menghadiri sesi boleh menghubungi talian sahabat 03-55190500 / 600. Perkhidmatan khidmat runding cara mahupun kaunseling disini diberikan secara PERCUMA.(Al-kisahnya pusat ini telah beroperasi hampir 17 tahun...namun KEHADIRAN dalam masyarakat negeri selangor sendiri pun masih ramai yang belum tahu...contoh yang paling nyata diri saya sendiri kalau tidak kerana tuntutan pengumpulan credit hours internship saya sendiri pun tak tahu...bukan apa lazim yg seperti diketahui umum PERKHIDMATAN KAUNSELING lazimnya berbayar...maka disebabkan berbayar ramai yang menidakkan keperluan kaunseling dalam menghadapi hari-hari sukar dalam perjalanan hidup insan malah tak kurang juga menganggap ianya HANYALAH untuk individu yang mempunyai gangguan mental...silap sebenarnya...KAUNSELING ADALAH UNTUK INDIVIDU YG NORMAL manakala yang mempunyai gangguan kesihatan mental pula perlu merujuk kpd pschytrist))

Contoh paling nyata sekiranya kita sakit, demam, batuk , selsema dan sebagainya kita terus pergi mendapatkan rawatan Doktor AKAN TETAPI tanpa disedari sekiranya EMOSI, PEMIKIRAN mahupun POLA KEHIDUPAN KITA TERGANGGU DISEBABKAN KONFLIK, DUGAAN MAHUPUN MUSIBAH YANG MELANDA....tahanlaa dok berendam ayaq mata, kepala berdenyut-denyut menahan sakit memikirkan insiden mahupun dugaan yang hadir...bukan takattu sahaja tahu-tahu tanpa disedari GANGGUAN EMOSI tadi tudia....LOW BLOOD PRESSURE tup-tup pengsan ketika beratur nak membayor hutang bank, aptidaknya tak boleh nak jamah nasik langsung bila mendapat tahu suami ada hubungan sulit....ini cthnya...tidakpun itudia....HIGH BLOOD PRESSURE sebab tak boleh tidur malam, tunggu suami balik pie meeting sampai jauh malam tak balik-balik....ngupanya pie dating....ini contoh-contoh yang berlaku di persekitaran...

Sememangnya tidak dinafikan TAHAP STRESS individu mempunyai pengaruh terhadap imnunisasi tubuh...banyak dalam artikel-artikel saya yang lepas mengupas tentang perkaitan STRESS dan KESIHATAN....Jalani cara hidup yang sihat, berfikiran positif, hargai dan berikanlah HAK yang diamanahkan dalam kehidupan ini sebaiknya...Takde masalah jangan carik masalah...tidakpun dah memang ada masalah jangan suka hati....jalan-jalan carik pasal menambah masalah yang sedia ada....Maaflaa, saya bercerita tapi ceritanie memang VERSInya tidak banyak berubah rata-rata pemerhatian saya terhadap masalah rumahtanga sama ada pesakit yang mendapatkan khidmat runding mahupun bantuan dari ayah mahupun pihak klien yang menghadiri sesi....lazimnya menyentuh KEEGOAN seorang suami. Adakalanya dengan mudah memutar-belitkan fakta untuk menutup kelemahan diri...sbg cth, keadaan ekonomi memang meruncing nak beli susu anak pun takde duit tapi si suami masih punya hati untuk menjalin hubungan dengan pihak ketiga...tahan si isteri balik kerja bertungkus-lumus mencarik pendapatan tambahan untuk menampung perbelanjaan anak-anak buat MLM, jual insuran mahupun unit trust...tak cukup dengan itu...suami buat hutang isteri melangsaikannya...macam manalaa statistik penyakit-penyakit kronik tak meningkat dewasanie...kanser, darah tinggi, sakit jantung, diabetes...dll...STRESS....badan jadi asidic dan menganggu imunisasi tubuh....dapat pula yang jenis pendam....sabor....sabor....simpan sendiri akhirnya makan diri dalam diam. (Ada plak yang marah saya nanti aik "bias" nampak kaunselor sorangnie tapi memang betul punkan???...

Apapun kehidupan berumahtangga menuntut PERSEFAHAMAN, TOLERANSI, KASIH SAYANG, AMANAH, KEJUJURAN & INGAT BAHAWASANYA KEHIDUPAN DI DUNIA MERUPAKAN UJIAN...syaitan dah memang kerjayanya menghuru-harakan hidup manusia dengan tipu muslihatnya yang licik MAKA KITA INSAN HEBAT YANG DIBEKALKAN ILAHI DENGAN NIKMAT FAKULTI IMAN DAN AKAL...AL-QUR"AN & SUNNAH JANGAN SEWENANGNYA KITA TIDAKKAN KEHADIRAN & SUMBANGANNYA....itu azimat...senjata kita.

Manakala dari segi pertahanan AURA...disebabkan STRESS juga aura tubuh yang tidak harmoni di stesen CHAKRA individu menyebabkan EMOSI & PSIKOLOGI TERGANGGU...MALAH JIKA TIDAK DILAKUKAN INTERVENSI MAHUPUN RAWATAN BOLEH MENJEJASKAN PERKEMBANGAN PERSONALITI YANG MENGAKIBATKAN INDIVIDU CENDERUNG BERSIFAT PENDENDAM, PANAS BARAN, HILANG KEPERCAYAAN PADA DIRI DAN ORANG LAIN, LOW SELF ESTEEM, KELIRU, EGO YANG TIDAK BERTEMPAT, NEGATIF THINKING YG MENEBAL, PASIF AGRESIF, MURUNG DAN SEBAGAINYA.

Bukan itu sahaja disebabkan EMOSI MAHUPUN PEMIKIRAN NEGATIF YANG MENGUASAI DIRI... turut mengesani organ tubuh di tujuh pusat chakra serta kelenjar utama dimana ia TIDAK BERUPAYA MEMANCARKAN GELOMBANG AURA TUBUH YANG CANTIK & HARMONI.(Ingat lagik tak , agaknya kekawan tentang perkaitan AURA, 7 PUSAT CHAKRA, 7 KELENJAR UTAMA dan KAITANNYA DENGAN KEHIDUPAN dan PERMASALAHAN YANG MELANDA...InsyaAllah ada rezeki nanti kita ulangkaji, semuanya telah siap kami compilekan dalam file PDF....buat yang berminat boleh hubungi kami)

Menarik sebenarnya bila kita MENEROKA ILMU TENTANG AURA, CHAKRA , KUASA MINDA....LEBIH CANTIK DIPERKUKUHKAN DENGAN NILAIAN YANG ADA DALAM AGAMA KITA....ISLAM...memang benar & tepat sekali...kejadian alam & persekitaran juga ilmu yang diterokai membuktikan KEKUASAAN ALLAH...syukur alhamdulillah...kita antara insan terpilih dikalangan hambaNYA untuk meneroka kehebatan dan kekuasaan Allah dlm bidang ini..

Apapun apa yang dapat disimpulkan untuk kita melewati hari-hari yang indah ceria....dan pastinya juga dalam redha, rahmat dan naungan kasih sayang Allah...KITA KENA BANYAK MUHASABAH DIRI...BERTAUBAT...KENAL DIRI DAN KENAL ALLAH (nantikan kupasan ini...insyaAllah moga dipermudahkan Ilahi untuk saya mengupas topik RAHSIA MENGENAL DIRI ini)...bersangka baik dengan Allah juga manusia...InsyaAllah, saya PERCAYA SEKIRANYA ILMU INI SUDAH KITA KUASAI....insyaAllah perjalanan menuju kejayaan sama ada dalam bisnes, kerjaya, hubungan suami isteri, ibubapa, rakan taulan dan seumpamanya pasti akan berlangsung dengan gemilang, cemerlang dan lancar di luar dugaan...ianya berkait rapat dengan KEIKHLASAN, KEJUJURAN DAN BICARA TENTANG KEBERSIHAN QALBU @ HATI...InsyaAllah tiada lagi kata-kata hati yang bersifat mazmumah mudah menguasai...spt sifat tamak, buruk sangka, takutkan persaingan dan seumpamanya...

InsyaAllah kita akan lebih bijaksana dalam mengatur keutamaan dalam kehidupan MALAH dengan sendirinya kita diberikan GERAK HATI @ INTUISI YANG BENAR...atau dengan lain perkataannya langkah kita dipelihara Allah & REDHANYA....perjalanan dengan sendirinya menjadi lebih mudah.(InsyaAllah ingin mendalami ilmunie boleh berguru dengan kami....ilmu merupakan antara ASET yang kami ada untuk dipanjang dan wariskan untuk kemakmuran di bumi Allah...itulaa QASAD saya di dalam hati melalui proses-proses pembelajaran dalam kehidupan. Inilaa dakwah saya...inilaa nadi saya meneruskan penulisan saya...saya bukan mencari nama , saya bukan mencari masyhur tapi REDHA ALLAH....DAN ini merupakan sebahagian BUKTI PENZAHIRAN KESYUKURAN ATAS NIKMAT YANG ALLAH pinjamkan...bukan pangkat, bukan harta tapi ingin melihat saudara sesama Muslim bangkit...mencari makna dan bahagia sementara ruang hayat izin diberikan ILAHI...(maka saya berharap sungguh pada barisan pentadbir mahupun moderator penulisan saya tidak diputuskan talian hayatnya, saya gembira dan syukur melihat Faizah, Nurkasih, Kak Misah, Kak Rapiah,Ida, Pn Honey juga yang lain melalui detik ceria & bahagia...melalui pengalaman mengenal diri dan menduplikasikan mencari bahagia itu pada rakan-rakan yang lain...produk juga perniagaan merupakan secebis sahaja daripada strategi lebih dalam dan jauh dari itu matlamat saya untuk sama-sama kita membina insan dan ukhwah dalam mencapai REDHA ALLAH)

Musuh paling ganas dalam dunia ini sebenarnya bukan orang lain TETAPI diri kita sendiri sebenarya....kata hati kita yang kononnya kata..."APA ORANG LAIN KATA" padahal orang lain bukan kisah apapun...hidup kau aku peduli apa....(seronok lak bercerita apapun cukuplaa tinta ilmu pada kalinie saya kira....insyaAllah nanti kita sambung lagi yer...bebanyak kang tepu otak nak digest)

Semoga kehidupan kita terus dinaungi dengan kasih sayang, NUR juga pimpinan ILAHI....jangan biarkan kita kufur nikmat, alpa dan leka akan kurniaNYA yang maha ESA...bersihkan hati kita dari sifat tamak, buruk sangka, iri hati dan sombong diri...Sesungguh kami mohon RAHMAT, RESTU DAN REDHA-MU dalam setiap langkah perjalanan kami.Amin...

LiFe Is SaCred JoUrNeY…usah kita cemari perjalanan ini
Semoga paparan ini memberi ikhtibar dan pengajaran buat kita semua...sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu datangnya dar kelemahan saya sendiri...

KHIDMAT KOMUNTI PERCUMA
Buat rakan-rakan yang mendambakan khidmat runding mahupun sesi kaunseling PERCUMA sila hubungi Pn Aniz atau Cik Jana di 03-55190500 atau 01-55190500 Talian Sahabat Pusat Kaunseling Negeri Selangor bertempat di Kompleks PKNS, Shah Alam untuk tempahan temujanji anda...
TALIAN SAHABAT JUGA TURUT MENAWARKAN KHIDMAT KELOMPOK BANTU DIRI SECARA PERCUMA BUAT YANG BERMINAT :
1) 1) Pengurusan Stress ~ Terokai Tentang STRESS, PUNCA, SYMPTOM & CARA MENANGANI : Setiap Hari Selasa ( Jam 10.00 pagi ~ 12.00tgh)
2) 2) Pengurusan Berat Badan ~ Bagaimana MENCETUS MOTIVASI DIRI untuk mendapat berat yang unggul SERTA TIPS-TIPS MIRACLE -***BONUS ISTIMEWA ~TEROKAI TEKNIK SAINS MINDA mendapatkan berat badan unggul (Setiap Selasa :Jam 2.30ptg~ 4.30ptg)
3) 3) Rahsia Mengenal Diri & Peranan Sains Minda Dalam Mencetus Kecemerlangan Diri
(Setiap Hari Khamis )

C CARANYA BERIKAN MAKLUMAT DIRI NAMA PENUH, H/P , KELOMPOK YG INGIN DIHADIRI SERTA TARIKH TEMUJANJI.TEMPAT ADALAH TERHAD DAPATKAN TEMPAHAN ANDA HARI INI!!!
MATLAMAT ANDA OBJEKTIF KAMI...Izinkan kami di Talian Sahabat membantu anda!!!Allah sendiri tidak akan mengubah nasib individu jika individu itu sendiri tiada inisiatif untuk mengubahnya...BERANI & JUJUR UNTUK MELAKUKAN PERUBAHAN...INSYAALLAH KEJAYAAN MAMPU ANDA LEWATI!!!...

Salam Ukhwah;
Aniz Hj Anwar @ 012-3915362 @ 03-55190600

1 comment:

Narin said...

Assalamualaikum..

bolehkah kaunseling melalui emel? adakah percuma?

berminat ingin bertanya.