Monday, January 15, 2007

Cuit-cuit Rumahtangga Part 1

Cuit-cuit Rumahtangga Part 1

Bertemu lagi kita dalam bicara DI SEBALIK TABIR KEHIDUPAN... lama aniz tidak mengulas & menulis di bawah topik DSTK...sibuk dengan rutin harian kebetulan musim-musim raya ramai pula tetamu berziarah... alhamdulillah bawa "rezeki & berakah' buat kami seisi keluarga...Hee, macam lipas kudung jugalaa buat kerja rumah spashly bab memasak ala-ala CHEF PROFESIONALlaa konon-kononnya ~ bersilih ganti menu utk hidangan tengahari, petang dan malam mujur ayah dan suami sudi membantu...manakala ibu tercinta pula jadi tuan puteri since kurang sihatnie, beliau jadi intruktor shj...masanielaa bakat terendam dan terpendam keluar. Seronok bila melihat juadah yang dihidangkan habis licin dibereskan tetamu...hilang skejap penat & keletihan tapi bila tidur malam ....hee pengsanlaa.


Sambung kembali bicara DSTK , dalam sibuk-sibuk berhari-raya tak sepi juga ngupanya dari kisah-kisah insan yang dilanda stress...kesempatan menjaga ibu di hospital tempoh hari aniz berpeluang bertemu dengan pesakit-pesakit di hospital...pelbagai kaum, agama & budaya..berbagai rencam masalah manusia. Syukur banyak pengalaman yang aniz perolehi, rata-ratanya yang dirawat mempunyai kisah dan rahsia tersendiri dan apabila dikupas tidak dapat terpisah dengan STRESS. Tambah pula bulan Raya segala macam juadah ditelan yang darah tinggi, kencing manis, lemah jantung...astma, pnemonia dan pelbagai lagik.

Pelbagai ragam manusia...dalam pada itu tak kurang juga yang dimasukkan gara-gara melakukan PERCUBAAN MEMBUNUH DIRI ~ telan cloroxlaa, pil tidur, racun tikus. Ramai juga yang mengambil ubat anti-depression. Bagi yang Muslim ...nauzubillahminza lik...sebenarnya banyak lagi pendekatan dan usaha yang boleh dilakukan untuk merawat STRESS ini. INILAH MPAK STRESS JIKA TIDAK DIKAWAL BOLEH MENGAKIBATKAN KEMURUNGAN dan AKHIRNYA TIDAK MUSTAHIL TERJEBAK DENGAN MASALAH KESIHATAN MENTAL. Salah-satunya pendekatan adalah menerusi 'komunikasi' , ada masalah usah dibiarkan @ dipendam sampai ianya terendam dan terpendam akhirnya memudaratkan diri...Dalam hidup ini kita dianugerahkan Allah KEKUATAN DALAMAN yang berhubungkait dengan kekuatan FIZIKAL, MENTAL, EMOSI & SPRITUAL ~ aset @ sumber ini ada dalam diri kita untuk dibangunkan. Manakala sumber kedua pula adalah KEKUATAN LUARAN yang berhubungkait dengan insan-insan yang signifikan dengan diri kita iaitu ibubapa, adik-beradik, suami isteri,
anak-anak , saudara-mara mahupun sahabat-handai. KEDUA-DUA SUMBER MEMPUNYAI PERANAN & FUNGSINYA YANG TERSENDIRI ~ namun apa yang lebih UTAMA adalah ASET @ SUMBER YANG ADA DALAM DIRI KITA. Kurangkan pergantungan pada orang lain...bentuklah diri kita menjadi orang yang jiwanya MERDEKA & BEBAS...PUNYA JATI DIRI & SEMANGAT JUANG YANG TINGGI, insyaAllah sekiranya sesuatu berlaku ataupun anda diduga sama ada dari segi perpisahan, pengkhianatan, kesusahan mahupun musibah ~ mudah lagilaa insyaAllah cara anda untuk mengendalikannya.

BERSIKAP ASERTIF, TEGAS DIRI, JUJUR, ADIL, BIJAKSANA, HIKMAH DAN TOLERANSI kena pada tempatnya agar hak anda tidak dicerobohi. Senangjer... takde masalah jangan carik masalah...ada masalah jangan dibiarkan berlalu begitu sahaja, masa baik oklaa namun IMPAKNYA tanpa disedari masalah yg pada mulanya "tidak apa" bakal menjadi PUNCA TERCETUS & MELETUPNYA gunung berapi yang selama ini mungkin pasif tetapi makan hari, makan bulan...makan tahun bisa AKTIF & memudaratkan diri dan hubungannya khususnya hubungan suami isteri dan insan yang signifikan @ rapat dengan kita.

OK KER BERTENGKAR SUAMI ISTERI???
Tidak salah sebenarnya untuk kita menyuarakan rasa hati (nie bahasa baiknyalaa manakala bahasa kurang moleknya 'bergaduhlaa' suami isteri) kerana apa???Haa... ianya ibarat SISTEM PEMBETULAN DALAM RUMAHTANGGA @ HUBUNGAN TERSEBUT...setiap kita dilahirkan mempunyai kekuatan dan kelemahan tersendiri.. .apatah lagi sifat manusia yang mudah lupa maka TIDAKLAH SALAH SEBENARNYA ~ sekali-sekala ribut petir @ hujan melanda kerana apa... PERHATIKAN METAPHOR KEJADIAN ALAM???Lazimnya selepas hujan yang lebat ....cuaca lebih cantik dan mengheningkan, betul tak? Dapat kita langit yang biru, cuaca yang cerah...sungguh cantik kejadian Allah...Haa begitu jugalaa dalam rumahtangga CUMA PESAN SAYA JANGANLAA PULA SISTEM PEMBETULAN ITU GAGAL BERFUNGSI SEHINGGA PUTING-BELIUNG MAHUPUN TSUNAMI MELANDA...dalam menyelesaikan masalah lakukanlaa dengan cara berhikmah, sabar dan bersikap terbuka. BERI RUANG & PELUANG untuk kalian menikmati perubahan dan mengecapi impian yang diidamkan.
BERSIHKAN HATI...niatkanlah untuk kebaikan dan mencari REDHA ALLAH...buangkanlaa yang keruh ambil yang jernih. BERDOA DAN BERUSAHALAH YG TERBAIK UTK RUMAHTANGGA ANDA....

Pernah satu kes singgah ke teratak kami...KISAHNYA MENGENAI KEMURNIAN DAN KESABARAN SEORANG ISTERI YANG SOLEHAH ~ suami beliau seorang tokoh korporat yang budayanya sering 'makan luar' dan bertukar-tukar pasangan. Namun si isteri ini tidak pernah putus harap terus munjat dan berdoa dan mengharapkan agar suami yang dikasihi kembali ke pangkal jalan. Alhamdulillah AKHIRNYA DOA SI ISTERI DIMAKBULKAN ALLAH ~ hinggalah suatu ketika yang dijanjikan Allah sedang si suami ingin memulakan "ACARA" bersama teman wanita TIBA-TIBA TERBAYANG DI BENAK SUAMINYA ISTERI YANG DIKHIANATI & DIANIAYAI BELIAU SEOLAH-OLAH SEDANG BERZINA DENGAN LELAKI LAIN. Lantas beliau segera bingkas bangun bersiap dan pulang terus ke rumah....DAN ALANGKAH TERSENTUH & TERHARUNYA BELIAU KETIKA ITU SI ISTERI SEDANG BERMUNAJAT MENDOAKAN KEAMPUNAN DAN KEINSAFAN BUAT SUAMI YANG DIKASIHI...Alhamdul illah sejak insiden itu suami beliau terus insaf & bertaubat mengakui kesilapan dan segala perbuatan zalimnya
sebelumnie.

Emmm...memang zalim, betul tak? Toksah katakan zalim pada orang lain..ZALIM PADA DIRI SENDIRI kerana apa??? Itu sebenarnya yang lebih utama...berbuat zina, dosa dan melakukan kemungkiran sehingga boleh menjebakkan diri ke NERAKA JAHANAM...ala- ala tempah tiket, gitu?...Hati- hati...KEHADIRAN 3 TA DALAM KAMUS KEHIDUPAN LELAKI ~ harta, takhta & wanita....LAZIMNYA INILAH PUNCA KEJATUHAN ANDA....sejarah dan peradaban manusia telah membuktikannya. ..macam kes yang sedang hangat diperkatakan sejak kebelakangan ini...kisah penganalisis politik & model luar negara....HATI- HATI DENGAN TIPU MUSLIHAT SYAITAN DURJANA!!!! Spesisnie memang carik geng lepak dengan diorang kat neraka...Nikmat iman, akal. Al-Qur'an dan Sunnah dan juga anugerah kasih sayang, kesihatan, wang ringgit dan segala macam lagi nikmat pinjamanNYA usah kita CEMARI dengan melakukan kemungkaran dan kekufuran...

Manakala jadi isteri pula...JANGANLAA LUPA JADI KEKASIH, SAHABAT KARIB DAN PENDENGAR YANG SETIA UNTUK SUAMI TERCINTA.... teguran mahupun ingatan dari roomate tersayang ini janganlaa dipandang sepi...takut- takut kurang perhatian dan kasih sayang di rumah...mata- mata yang liar yang disubahatkan syaitan terpaut pula pada yang haram....sian suami kitakan...? Iringilah dengan doa dan wujudkanlah kasih sayang dan binalah "BERAKAH" dalam rumahtangga. ..InsyaAllah jika suami isteri bijak mengendalikan peranan & fungsi...saya percaya apajua masalah yang timbul kita mampu mengatasinya dengan cara yang baik dan berhikmah. Buangkanlah ego dan sikap ingin mencari kelemahan diri pasangan.... after all semua dari kita tidak terlepas dari kesilapan dan kelemahan diri CUMA DAH BUAT SILAPTU JANGANLAA DIULANG KESILAPAN YANG SAMA...BELAJAR DR SEJARAH...sebolehny a biarlah sama-sama sejahtera di dunia dan berehat di syurga di akhirat kelak...

Oklaa panjang pula DSTK kita...InsyaAllah ada kesempatan nanti aniz akan sambung tips-tips rumahtangga yang lain...semoga ianya memberi manfaat dan kebaikan buat semua. Yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu datangnya dari kelemahan diri sendiri..

KHIDMAT KOMUNTI PERCUMA :
Buat rakan-rakan yang mendambakan khidmat runding mahupun sesi kaunseling PERCUMA sila hubungi Pn Aniz atau Cik Jana di 03-55190500 atau 01-55190500 Talian Sahabat Pusat Kaunseling Negeri Selangor bertempat di Kompleks PKNS, Shah Alam untuk tempahan temujanji anda...

CARANYA BERIKAN MAKLUMAT DIRI NAMA PENUH, H/P , KELOMPOK YG INGIN DIHADIRI SERTA TARIKH YG DIPILIH.

KELOMPOK BANTU DIRI INI DITAWARKAN SECARA PERCUMA BUAT YANG BERMINAT :
1) Pengurusan Stress ~ Terokai Tentang STRESS, PUNCA, SYMPTOM & CARA MENANGANI : Setiap Hari Selasa ( Jam 10.00 pagi ~ 12.00tgh)
2) Pengurusan Berat Badan ~ Bagaimana MENCETUS MOTIVASI DIRI untuk mendapat berat yang unggul SERTA TIPS-TIPS MIRACLE -***BONUS ISTIMEWA ~TEROKAI TEKNIK SAINS MINDA mendapatkan berat badan unggul (Setiap Selasa :Jam 2.30ptg~ 4.30ptg)
3) Rahsia Mengenal Diri & Peranan Sains Minda Dalam Mencetus Kecemerlangan Diri (Setiap Hari Khamis )


MATLAMAT ANDA OBJEKTIF KAMI...Izinkan kami di Talian Sahabat membantu anda!!!Allah sendiri tidak akan mengubah nasib individu jika individu itu sendiri tiada inisiatif untuk mengubahnya. ..BERANI & JUJUR UNTUK MELAKUKAN PERUBAHAN... INSYAALLAH KEJAYAAN MAMPU ANDA LEWATI!!!...

Salam Ukhwah;
Aniz Hj Anwar @ 012-3915362

No comments: