Monday, January 15, 2007

Bicara Keluarga Bahagia Part 1

Syukur dpt kita bertemu kembali di medan maya ini...sekadar ingin berkongsi cerita dan ikhtibar paginie...juga secebis pandangan ikhlas dari Aniz tentang kemelut yang menjadi lumrah kini...masalah rumahtangga...Sempena lebaran baru-barunie, dapatlaa berkumpul juga bertemu sanak-saudara, sahabat-handai jauh dan dekat...alhamdulillah dpt mengeratkan lagi ukhwah yang sedia terjalin...namun yang sedikit istimewa kalinie Aniz balik Melaka heboh bercerita tentang saudara yang tidak disangka membuka "cawangan" baru...di Shah Alam pun begitu juga...agaknya musim buka "cawangan"...ingat waktu-waktu terejal di kampus dulu...kalau dok kat library ngan coursemate lelaki nampak junior comel mulalaa nak mengorat...tapi bila tiba time final exam, pelik jugak...hawat depa tak mengayat?Jawab depa...aku takde moodlaa...ini bukan musim mengawan aku...otak tepu masuk air nak mengadap final...Ohh! bermusim juga rupanya diaorangnie yer...haa...itulaa sebhgn pengalaman manis waktu di kampus, memang brutal sket...sebab major yg Aniz ambil rata-ratanya ramai lelaki...IPTA selatan tanahair...rasanya satu-satunya IPTA yg majoriti pelajarnya lelaki...Namun disebabkan dah jatuh cinta dgn counseling...peringkat sarjana Aniz sambung di UPM...

Memang tepatlaa, tak dinafikan latar belakang keluarga turut memainkan peranan profesion anak-anak...ayah Aniz sendiri terlibat dlm perubatan Islam berbagai rencam kehidupan yang keluar masuk rumah Aniz...dan atas dorongan serta ikhtibar kesilapan yang mereka (pesakit ayah)...Aniz menyambung pengajian di bidang ini untuk mempersiap juga memperkemaskan diri moga-moga InsyaAllah dapat aniz memberikan hak yang terbaik selaku isteri, anak, ibu...dan seterusnya masyarakat dgn lebih baik lagi..."ILMU ITU PELITA HIDUP"...Ilmu itu amat penting utk kita membina kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat...Tanpa ilmu hidup kita kelam, kabur....itu yang buat silap...buat dosa...menganiayai kehidupan sendiri dan orang lain...tak gitu?Nauzubillah...

Bicara kembali tentang isu 'panas' dikalangan saudara-mara juga kenalan Aniz lebarannie...

Kes 1 : Seorg suami yg mempunyai perwatakan yg pendiam, baik..fitrah pekerjaan yg terpaksa menghabiskan banyak masa di luar waktu pejabat...manakala isteri pertama beliau seorangyg budiman Aniz kira, suri rumah mengambil upah sbg baby sitter. utk menambah pendapatan keluarga yg kabarnya tidak mencukupi...tidak pantas berhias utk menambat hati suami dr ceritanya....Alkisah di sebalik ini semua si suami mengabaikan tanggungjawab/tak cukup belanja rupanya gara-gara telah bernikah dgn isteri keduanya seorang ibu tunggal beraranak 3...dan menariknya utk mempertemukan kedua-dua isteri tercintanya...si suami masuk hospital...mcm berlakon drama lak yer...

Kes 2 : Seorg pesakit ayah Aniz, siisteri seorg Doktor kini mengandung zuriat keenam manakala si suami seorg Kadi...nafkah bulanan yg diberikan si suami hanyalah RM400 sebulan selebihnya ditanggung oleh isteri yg budiman dan solehah ini yg pastinya memiliki pendapatan yg lebih lumayan dr suami...Kini si suami berhajat utk bernikah dgn gadis idamannya...masalah yg timbul bila diajukan soalan "cepu emas" oleh bapa mertuanya yg juga seorang tokoh agama yg terkenal...tak dapat jawab...so secara tidak langsung terlihat ketidakadilan yg tidak dpt dielakkan...Jadi kelakar pun ada dikalangan kenalan kami...maaflaakan...bukanlah maksud kami mengharamkan yg halal...cuma agaknya selalu sangat menikahkan orang...tak tahanlaa kot...apa ceetakan...ini tak boleh jadi I pun nak join the grouplaa buka 'cawangan'...

Teringat Aniz kata-kata ayah...Jatuhnya lelaki selalunya disebabkan 3 Ta..Harta, Takhta dan Wanita...so berhati-hatilaa para lelaki...Berat sebenarnya memikul amanah sbg seorang suami..."Kena jaga diri sendiri dan para keluarganya dari api dunia dan api neraka"...Pengisian utk mencapai kesejahteraan keduanya bukan mudah...kita tak nak di akhirat nanti gara-gara kealpaan kita menunaikan amanah yg diberikan elok-elok nak masuk syurga kena tahan dgn Allah disebabkan aduan pimpinan kita...anak...isteri...suami juga ayah tak memberikan pimpinan yg sempurna...bayangkan betapa frustnyer jika situasi ini yg berlaku..

Remember keadilan dan penelitian Allah sangat halus...Macam biasa kena ingatkan diri selalu...Kat dunia kita kena TANGGUNG kat akhirat nak kena JAWAB...so waspada awasi langkah...Rasanya kalau Aniz sendiri jadi lelaki sangat takut wooh...isteri seorang juga anak-anak yg adanie pun cukup besar amanah dan tanggungjawab yg perlu disisi...dahlaa dgn amalan diri yg serba kekurangan tak sangguplaa rasanya nak "jalan-jalan cari pasal"....hee...pinjam frasa Apek Senario sat....

Tapi jika bertemu situasi dimana isteri-isteri juga suami yang ada ilmu...kefahaman...kemampuan...bertanggungjawab...mampu bersikap adil....InsyaAllah tiada masalah...apa salahnya...malah rasanya akan lebih manis krn memiliki keluarga yang besar...Tapi utk menikmati kemanisan itu juga bukan sedikit pengorbanan yang perlu diuntukkan...betul tak?...Sedang wali Allah juga kecundang di tangan wanita inikan pula kita insan biasa...namun beringatlaa...jangan biarkan syaitan memperlekeh dan menjerat kita...agar terpesona dgn nikmat yang sementara...dan huru-hara...

Itu satu sudut satu sudut lagi suka Aniz melihat psychology rumahtangga...fiitrah manusia semenagnya tertarik pd yang indah dan cantik lebih lagilah mereka yg bergelar suaminiekan...dalam sibuk-sibuk para isteri memenuhi tuntutan keluarga...kerja-kerja rumahnie...ingat-ingat kebajikan diri sendiri jangan lupa...Jangan asyik sibuk berkorban memenuhi kewajipan anda pd org lain, kewajipan pd diri sendiri terabai...tubuh kita...kecantikan yg dianugerahkan Allah itu juga amanah Allah...suatu aset utk menambat hati suami juga tak lupa juga keindahan akhlak dan peribadi isteri juga..Jika ada kelapangan dr sudut kewangan janganlah kedekut berbelanja untuk kesejahteraan tubuh juga kecantikan...Jangan sampai suami dah menyebut baru nak ambil tindakan

Dan PARA SUAMI JUGA Janganlah pandai komplen sahaja...sedia-sedialahkanlah resolusi yang berpatutan ikut kemampuan anda untuk membantu para isteri agar tampil lebih cantik...sihat...menawan di dalam dan di luar...bukan siapa punkan nak pakaikan...awak juga..., tak gitu? Jangan maranaa para suami...ini realitinyakan...Yang manis jangan terus ditelan yang pahit jangan terus dibuang...selalunya yang pahit-pahit tulaa ubatnyakan...begitu jugalaa realiti kehidupan yang boleh kita jadikan ikhtibar...

So Aniz kira cukuplaa coretan Aniz..renung-renung...fikir-fikir utk kesejahteraan rumahtangga kita...Semoga rumahtangga kita dihiasi dgn kasih sayang dan rahmat Allah...Jadikan kita pasangan suami isteri yang soleh dan solehah hidup bahagia dan berjaya di dunia dan akhirat...Amin...InsyaAllah...Silap salah..terkasar bahasa Aniz mohon kemaafan...Pendek kata disini...SENDIRI MAU INGAT!!.., betul tak?

LiFe Is SaCred JoUrNeY…usah kita cemari perjalanan ini
Semoga paparan ini memberi ikhtibar dan pengajaran buat kita semua...sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu datangnya dar kelemahan saya sendiri...

KHIDMAT KOMUNTI PERCUMA
Buat rakan-rakan yang mendambakan khidmat runding mahupun sesi kaunseling PERCUMA sila hubungi Pn Aniz atau Cik Jana di 03-55190500 atau 01-55190500 Talian Sahabat Pusat Kaunseling Negeri Selangor bertempat di Kompleks PKNS, Shah Alam untuk tempahan temujanji anda...

TALIAN SAHABAT JUGA TURUT MENAWARKAN KHIDMAT KELOMPOK BANTU DIRI SECARA PERCUMA BUAT YANG BERMINAT :
1) 1) Pengurusan Stress ~ Terokai Tentang STRESS, PUNCA, SYMPTOM & CARA MENANGANI : Setiap Hari Selasa ( Jam 10.00 pagi ~ 12.00tgh)
2) 2) Pengurusan Berat Badan ~ Bagaimana MENCETUS MOTIVASI DIRI untuk mendapat berat yang unggul SERTA TIPS-TIPS MIRACLE -***BONUS ISTIMEWA ~TEROKAI TEKNIK SAINS MINDA mendapatkan berat badan unggul (Setiap Selasa :Jam 2.30ptg~ 4.30ptg)
3) 3) Rahsia Mengenal Diri & Peranan Sains Minda Dalam Mencetus Kecemerlangan Diri (Setiap Hari Khamis)

C CARANYA BERIKAN MAKLUMAT DIRI NAMA PENUH, H/P , KELOMPOK YG INGIN DIHADIRI SERTA TARIKH TEMUJANJI.TEMPAT ADALAH TERHAD DAPATKAN TEMPAHAN ANDA HARI INI!!!

MATLAMAT ANDA OBJEKTIF KAMI...Izinkan kami di Talian Sahabat membantu anda!!!Allah sendiri tidak akan mengubah nasib individu jika individu itu sendiri tiada inisiatif untuk mengubahnya...BERANI & JUJUR UNTUK MELAKUKAN PERUBAHAN...INSYAALLAH KEJAYAAN MAMPU ANDA LEWATI!!!...

Salam Ukhwah;
Aniz Hj Anwar @ 012-3915362 @ 03-55190600

No comments: