Monday, January 15, 2007

Stress & Anda Part 2

Alhamdulillah kini kembali , kali ini khusus menyambung FAKTOR-FAKTOR YANG MENGESANI AURA...Jika dalam Bicara Part 2 kita telah berkongsi 4 FAKTOR UTAMA yang datangnya dari dalam diri individu kali ini kita sambung lagi 2 LAGI FAKTOR LUARAN yang sering menganggu tembok pertahanan aura individu tanpa disedari iaitu :

5) FAKTOR ALAM SEKITAR
Impak pembangunan dan juga arus kemodenan dunia kita semakin hari semakin panas dan tercemar. Bukit-bukau, gunung-ganang, tumbuh-tumbuhan, unggas, hidupan liar dan alam semulajadi yang menjadi AGEN UNTUK MENGHARMONIKAN ALAM semakin pupus....
Bagaimana ianya terjadi? Semuanya ada disebut dalam Al-Qur'an ~ tanpa kita sedar unsur alam inilah yang bertasbih..bertahmid memuji KEAGUNGAN ILAHI...dan FAKTOR INILAH YANG MENGHARMONI, MENYEJUK dan MENDAMAIKAN ALAM ini. Namun desakan pembangunan ditambah pula oleh tangan-tangan rakus, tamak bukan sahaja mencemari alam bahkan juga bisa sahaja mengancam nyawa manusia...bilamana pembangunan di lereng-lereng bukit yang sepatutnya memenuhi piawaian EIA tidak dipatuhi sewajarnya. Gunung-ganang dan bukit-bukau yang menjadi PASAK BUMI ditarah sewenangnya, Itu baru satu sudut impak pembangunan belum lagi menyentuh bab pencemaran alam yang lain maka terpaksalaa kita melalui FASA-FASA JEREBU dalam kehidupan kita sejak kebelakangan ini.
Udara yang kotor, tercemar juga persekitaran yang tidak bersih, kotor, busuk , bising, kelam-kelibut , tidak teratur dsbnya sememangnya antara PUNCA yang boleh menjejaskan pertahanan aura individu. Sebab itulah tanpa kita sedari ramai dikalangan kita tempoh hari mengalami demam, batuk , selsema dsbnya kesan dari JEREBU dan udara yang kotor.
Bagaimana agaknya CARA LAIN ALLAH mengharmonikan alam ini???Emm..sungguh halus dan hebat pentadbiran Allah selain dari faktor alam...peraturan hidup yang ada dalam Islam cukup UNIK DAN MENAKJUBKAN...bukan sahaja individu punya cara memelihara aura ALAM JUGA PUNYA PERATURANNYA YG TERSENDIRI DITETAPKAN ALLAH IAITU LAUNGAN AZAN & SOLAT LIMA WAKTU. Setiap detik dan saat...bumi akan berputar dan seisi dunia berganti giliran...MENYAHUT PANGGILAN AZAN BERKUMANDANG...solat subuh, zuhur, asar, maghrib dan Isyak. Inilah sebahagian peraturan alam yang ditetapkan Allah untuk mengharmonikan planet ini. Maka adalah menjadi tanggungjawab kita juga untuk menyahut panggilan azan dan menunaikan suruhanNYA... secara tidak langsung juga dengan berwudhu dan bersolat ianya juga berfungsi membersih dan memelihara tembok aura individu. Dengan wudhu yang terpelihara juga mampu menaikan seri wajah malah berupaya menjadi benteng dari gangguan jin, iblis dan syaitan.

6) PREMIS atau KEDIAMAN
Premis atau kediaman yang diduduki juga MAMPU MENJADI PENYUMBANG kepada pertahanan aura individu. Mengapa saya katakan demikian??? Makhluk Allah yang berada di alam metafizik spt jin, iblis dan syaitan sering berada dipersekitaran kita. Malah itu jugalaa janji mahkluk Allah ini untuk menganggu-gugat dan menghuru-harakan kehidupan manusia. Sbg cth ~ ada ketikanya kita pergi berziarah rumah saudara-mara mahupun sahabat adakalanya kediaman mahupun suasana rumah tersebut seakan muram, kusam dan tidak berseri...ini sebahagian ciri yang yang menunjukkan kemungkinan hadirnya unsur tenaga negatif di premis mahupun kediaman tersebut berkemungkinan ianya menjadi laluan ataupun ada 'geng' lain yang sama menumpang. Maklum sahajalaa mereka juga mahkluk Allah, itulaa yang ada ketikanya ketika penghuninya tidur seolah-olah ada ada makhluk lain menindih. Tidakpun adakalanya kita pergi bercuti dan menginap di pusat peranginan...kita tidak boleh tidur lena namanya sahaja kita tidur tetapi bermacam-macam mimpi yang hadir...bunyi bising, hingar-bingar , paip mengalir dsbgnya sedangkan tiada siapa yang menggunanya...tidak cukup dengan itu buat yang ada anak kecil...tak tahu ujung pangkal tiba-tiba sahaja semalaman berteriak menangis.(Situasi ini semua sebahagian drpd pengalaman penulis sendiri)...

TIPS MENGINAP DI HOTEL BUAT KELUARGA YANG ADA ANAK KECIL ~ mulai masuk ke bilik hotel dengan memberi salam. Dan jangan lupa laungkan azan untuk menghalau unsur asing yang berkemungkinan menginap mahupun lalu-lalang di bilik tersebut.Insyaallah anda sekeluarga akan terpelihara.

Pernah satu ketika ayah saya mengendalikan kes pesakit dimana kediaman beliau turut diduduki oleh jin. Mujur makhluk tersebut tidak menganggu anak-anak pesakit hanya beliau dan isteri sahaja...memang di luar jangkauan pemikiran, channel TV boleh bertukar tanpa ditekan, lampu boleh dihidup dan dimatikan dan paling best dapur yang bersepah turut diberes dan dibersihkan. Dan yang paling tak boleh diterima akal isteri pesakit yang memakai dua lapis baju iaitu baju kurung dan jubah, elok sahaja tau-tau sedar dini hari baju kurung yang di lapisan kedua ada di sebelah dan jubah masih elok terletak ada di tubuh sedangkan si suami tak berdaya kurang sihat menginap di atas, hanya beliau dan anak-anak tidur di ruang tamu....Hee..jeng...jeng...jeng...macam tak percaya tapi itulah sebahagian kisah benar yang pernah singgah ke teratak kami. Setiap ujian Allah ada hikmahnya...alhamdulillah berkat usaha juga doa yang diberikan beliau seisi keluarga pulih dan kediaman kini mereka aman & pulih sepenuhnya.

Berbagai rencam dan warna-warni kehidupan...sememangnya iblis, syaitan telah berjanji untuk menganggu kehidupan manusia...lebih lagi yang leka dan alpa. Berbagai cara dan laluan masuknya untuk menghuru-harakan manusia....sebahagian caranya adalah melalui salur darah...seterusnya MENGESANI 4 FAKTOR yang saya kupas dalam bicara lalu iaitu EMOSI, FIZIKAL, MENTAL & SPRITUAL individu.InsyaAllah dengan ilmu, kefahaman juga pengisian pertahanan diri @ aura juga pemantapan iman kita lakan ebih bijaksana dan mudah mengendalikan tipu muslihat spesis ini...ibarat pergi berjuang di medan perang...begitu jugalah kehidupan manusia perlukan STRATEGY untuk berjaya bukan sahaja di dunia malah juga di akhirat.

Sebab itulah apabila kita mendekatkan diri dengan Allah, melaksanakan suruhanNYA solat, berpuasa, zikir , memelihara qalbu dan kebersihan hati serta amalan-amalan sunnah yang lain mampu MENGHARMONI & MEMBENTENGI diri kita kita dari gangguan makhluk durjana ini. Sungguhpun ujian Allah datang kita lebih redha, berlapang dada, sabar dan tidak gentar melaluinya...di sebalik ujian itu terselindung seribu HIKMAH & GANJARAN LUMAYAN dari Ilahi...tambah lagi sudah terlalu hebat dan banyak nikmat dan ganjaran Allah kita ambil sekali-sekala apasalahnya kita diduga...setidak-tidaknya ianya mengingatkan kita tentang sifat hamba yang kerdil, hina dan tidak berdaya tanpa ihsan dan bantuan rahmat dari Ilahi...so takdelah nak menyombong, riak mahupun ujub tak kena tempat...apa yang dimiliki di dunia ini hanya sekadar pinjaman semata...

Dan sememangnya kehidupan ini suatu perjuangan dan ujian...adakalanya kita diuji, lain insan lain cobaannya ada yang diduga dengan musibah penyakit, kemiskinan, kehilangan insan tercinta, kegagalan percintaan, perkahwinan, masalah kerjaya dan bermacam-macam lagi. Keadaan ini secara tidak langsung sekiranya tidak ditangani dengan bijaksana boleh mengakibatkan diri individu terjebak dengan MASALAH STRESS. Apabila STRESS tubuh akan menjai asidic dan ini seterusnya mampu menganggu-gugat imunisasi tubuh manusia. Sebab itulah apabila individu berada di dalam keadaan STRESS mereka mudah dihinggapi penyakit demam, selsema, migrane, tekanan darah tinggi, tekanan darah rendah, astma , cirit-birit, gatal-gatal kulit dsbgnya.

Sebahagian daripada symptom-symptom stress juga adalah hilang selera makan, hilang tumpuan, tidur yang tidak lena, sering diganggu mimpi-mimpi yang ngeri dan menakutkan, resah, bingung, buntu, sedih dan sensitif tidak bertempat, panas baran, tidak bertenaga dan hilang semangat untuk meneruskan hidup. Tidak cukup dengan itu individu juga adakalanya seolah hilang deria rasa atau JIWA mahupun RUH dalam menjalani kehidupan seharian....hidupnya ibarat robot yang tidak punya perasaan...situasi ini jika tidak dibendung akan menyebabkan emosi-emosi yang terpendam...dan akhirnya memudaratkan diri dan mengakibatkan KEMURUNGAN...pergi berjumpa Doktor anda akan dibekalkan dengan ubat-ubatan anti depression...

Ingat kisah yang pernah aniz lalui satu ketika dulu...putera kecil aniz demam muntah-muntah...pergi ke klinik berjumpa Doktor dalam sibuk kami berbual tersentuh pula hal pengajian aniz...Alkisahnya Doktor yang budiman ini memperlekehkan bidang pengajian aniz katanya..."Buat apalaa hang pie penat-penat belajar perah otak menyusahkan diri menyelesaikan masalah...cuba jadi macam saya...haaa! pesakit ada masalah..stress tak boleh tido haa amik kau aku bagi ubat tido...tidolaa kau" Tergezuttt juga saya ditegur sebegitu...Selepas itu dalam nada sinis dia ketawa kecil mengagumi kegigihan dan keazaman seorang isteri dan ibu yang meneruskan pengajian di bidang kaunseling untuk membantu rakan-rakan yang memerlukan...katanya baguslaa....usaha kamu satu tugasan yang mulia, saya doakan...moga kamu berjaya..rupa-rupanya Doktor ini sekadar menduga keikhlasan dan kesungguhan hati saya untuk berbakti di bidang ini.

Mengambil preskripsi anti depression bukanlah penyelesaian yang muktamad andaikata pesakit mahupun klien tidak berani dengan jujur dan ikhlas untuk BERHADAPAN DENGAN MASALAH YANG DIHADAPI. Bukan itu sahaja kesan ubatan yang diambil bisa sahaja membuatkan anda resah, jantung berdebar-debar, tidak fokus dan terus-terusan bergantung dengan ubatan. Sebenarnya masih banyak lagi pendekatan mahupun ALTERNATIF LAIN YANG BOLEH KITA BANTU untuk menangani situasi mahupun permasalahan yang berlaku.
Lazimnya apa yang boleh kita lakukan adalah :
1) Menghadiri sessi kaunseling ~ untuk sama-sama klien dan kaunselor bersama-sama mengupas secara mendalam punca juga permasalahan yang berlaku.
2) Apabila FAKTOR @ PUNCA masalah telah dikenalpasti, proses REFLEKSI berdasarkan INTEGRASI ILMU YANG TERDAPAT DI DALAM TEORI-TEORI KAUNSELING spt REBT, GESTALT, REALITI, TEORI FAMILI STRUKTUR, TEORI PENGURUSAN STRESS, KERJAYA dsbgnya ~ disini klien akan didedahkan tentang kefahaman tentang ilmu MENGENALI DIRI yang menuntut KEBERANIAN, KEJUJURAN & KEIKHLASAN HATI untuk melakukan perubahan dan mencapai impian yang dihajati.
3) Barulah disusuli dengan PENDEKATAN ALTERNATIF menerusi teknik AURA THERAPHY, SPIRITUAL HEALING, MEDITASI ISLAM DAN KUASA MINDA ~ khususnya bagaimana mencapai minda alpha, visualization dan affirmasi minda yang positif akan didedahkan.Disini anda akan diajar tentang teknik BERDOA dan melontarkan hajat secara sistematik...InsyaAllah suis yang tepat apabila ditekan mampu memudahkan cara anda mencapai impian yang dihajati...energy positif dan usaha anda bertemu jalan penyelesaian dengan cara yang tidak pernah disangka-sangka...CUKUP MENAKJUB dan MENGKAGUMKAN...itulah KEAJAIBAN ILMU ALLAH YANG DINAMAKAN KUASA SOLAT, DOA, MEDITASI & SAINS MINDA + KUASA @ PERANAN AIR DALAM MERAKAM DOA....

Tiga peringkat ini merupakan ASAS untuk klien atau individu membawa dirinya keluar dari kancah masalah yang menghantui diri. Namun perlu diingat ini semua menuntut PROSES...yang mana kesabaran, kejujuran dan komitmen dari dalam diri anda untuk berubah..."Allah sendiri tidak akan mengubah nasib individu sekiranya anda sendiri tidak punya inisiatif untuk mengubahnya"..

InsyaAllah berbekalkan sedikit ilmu, pengalaman juga bimbingan dan tunjuk-ajar dari ayahanda tercinta juga guru-guru hebat dalam kehidpan aniz...insyaAllah saya sedia membantu...BERI RUANG...BERI PELUANG!!! Jangan mengalah sebelum berjuang...
Berminat untuk mendapatkan bantuan ...hubungi saya di 012-3915362.

Semoga paparan ini memberi ikhtibar dan pengajaran buat kita semua...sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu datangnya dar kelemahan saya sendiri..

KHIDMAT KOMUNTI PERCUMA
Buat rakan-rakan yang mendambakan khidmat runding mahupun sesi kaunseling PERCUMA sila hubungi Pn Aniz atau Cik Jana di 03-55190500 atau 01-55190500 Talian Sahabat Pusat Kaunseling Negeri Selangor bertempat di Kompleks PKNS, Shah Alam untuk tempahan temujanji anda...
TALIAN SAHABAT JUGA TURUT MENAWARKAN KHIDMAT KELOMPOK BANTU DIRI SECARA PERCUMA BUAT YANG BERMINAT :
1) 1) Pengurusan Stress ~ Terokai Tentang STRESS, PUNCA, SYMPTOM & CARA MENANGANI : Setiap Hari Selasa ( Jam 10.00 pagi ~ 12.00tgh)
2) 2) Pengurusan Berat Badan ~ Bagaimana MENCETUS MOTIVASI DIRI untuk mendapat berat yang unggul SERTA TIPS-TIPS MIRACLE -***BONUS ISTIMEWA ~TEROKAI TEKNIK SAINS MINDA mendapatkan berat badan unggul (Setiap Selasa :Jam 2.30ptg~ 4.30ptg)
3) 3) Rahsia Mengenal Diri & Peranan Sains Minda Dalam Mencetus Kecemerlangan Diri (Setiap Hari Khamis : Jam 10.00pagi ~12tgh)
C CARANYA BERIKAN MAKLUMAT DIRI NAMA PENUH, H/P , KELOMPOK YG INGIN DIHADIRI SERTA TARIKH TEMUJANJI.TEMPAT ADALAH TERHAD DAPATKAN TEMPAHAN ANDA HARI INI!!!
MATLAMAT ANDA OBJEKTIF KAMI...Izinkan kami di Talian Sahabat membantu anda!!!Allah sendiri tidak akan mengubah nasib individu jika individu itu sendiri tiada inisiatif untuk mengubahnya...BERANI & JUJUR UNTUK MELAKUKAN PERUBAHAN...INSYAALLAH KEJAYAAN MAMPU ANDA LEWATI!!!...
Salam Ukhwah;
Aniz Hj Anwar @ 012-3915362 @ 03-55190600

No comments: