Monday, January 15, 2007

Bicara Keluarga Bahagia Part 2

Alhamdulillah petangnie rasa terpanggil untuk berkongsi ilmu yang aniz perolehi dalam bilik kuliah baru-baru ini...Pensyarah mengajukan persoalan kpd kpd kami...KENAPA/PUNCA MASALAH ATAU KEMELUT RUMAHTANGGA MELANDA? Pelbagai hujah, pandangan dan pendapat dilontarkan...namun bagi saya sendiri hujah juga pandangan yang dikongsikan agak terpencil, unik dan tersendiri...berbalik pada konsep yang pernah saya lontarkan dalam write up saya beberapa bulan yang lalu...

1) Manusia dijadikan Allah dgn darjat yang istimewa diberikan nikmat fakulti akal dan iman bg yang Muslim lebih dari itu dibekalkan Al-Qur'an dan Sunnah sbg panduan..manakala syaitan pula dijadikan Allah untuk menghuru-harakan manusia carik geng utk lepak dgn diaorg kat neraka MAKA MENGAPA HARUS MANUSIA ITU SENDIRI MEMPERLEKEH JUGA MERENDAHKAN MERTABAT MENURUTI JALAN SYAITAN...just like fooling yourself macam tempah tiket plak nak lepak dgn spesisniekan.. Nauzubillahminzalik

2) Dunia hanya singgahan sementara...jangan terpedaya dengan nikmat dan pesonanya...harta, pangkat, anak, isteri merupakan ujian dr Allah...ada manusia diuji Allah dgn kesenangan juga kemewahan manakala sebahagiannya pula diuji dgn musibah, penyakit dan sebagainya...Namun yg senang, aman bahagia juga meriah dgn nikmattu saya fikir yang lebih bahaya...yang bisa menjatuhkan kita...suami lupa pada amanah difikirkan keperluan wang ringgit, makan minum dan tempat tinggal juga kemewahan memadai hakikatnya tuntutan Allah lebih hebat dari itu pengorbanan juga pengisian yang perlu diuntukkan untuk sama-sama kita mencipta bahagia di dunia dan akhirat dan dalam redha Allah...Hanya 3 perkara shj kita bawa pulangkan I) Doa dr anak yg soleh (dah jika diri sendiri tak soleh bagaimana harus anak itu mencari idole utk menjadi soleh), 2) Ilmu yang memberi manfaat ( Sibuk dan alpa dgn pesona dunia...duniawi dan ukhrawi tidak seimbang...ilmu yg diperolehi untuk kepuasan dan kepentingan diri bukan memakmurkan ummah) dan 3) Amal jariah kita...

Saya fikir jika para suami juga isteri mempunyai kefahaman dan sedar matlamat ikatan suci perkahwinan yang dibina...takkan timbul konflik kritikal dalam rumahtangga...ini kadang usia perkahwinan baru setahun jagung suami dah buat hal...zuriat terlalu rapat isteri tiada ruang untuk menjaga penampilan mahupun melayan suami si isteri sibuk melayan anak dan tugasan rumahtangga dijadikan alasan si suami mencari layanan dan perhatian di luar sedangkan alangkah bagusnya dan bertuah jika dapat diusahakan sama-sama mengembeling tenaga dan menikmati hari-hari dalam perkahwinan menolong tugasan rumahtangga mahupun melayan kerenah anak-anak...saksikan perkembangan anak-anak...hargai anugerah juga amanah yang dikirimkan Allah....infact jalan ini yang kalian pilih MAKA SEHARUSNYA KALIAN LALUI DAN PIKULNYA DENGAN PENUH RASA TANGGUNGJAWAB DAN BANGGA...ini jalan mengutip pahala disisi Allah...aset akhirat, betul tak? Why must complaint????Maaf kadang saya perhatikan ada kalangan para suami pandai buat anakjer jaga anak....si ibulaa terkiak-kiak berkejaran...terkiak-kiak sana-sini...pastu expect sang isteri budiman melempar senyuman semanis dan seayu pertemuan pertama, boleh???Nampak sangatlah unrealistiknya...tu tak masuk lagilaa bab nak entertain "big baby" night dutynyerkan...tak dapeklaa akak nak jawabkan...

Bukan apa bila saya lihat persekitaran yang berlaku dan juga kata-kata Allah rasanya mudahjer hidupnie...simple konsep Allah kata jaga diri sendiri juga keluarga daripada api dunia dan akhirat...dalam maksudnya...rasanya jika betul-betul pegangnya takut dan khuatir pastinya kita akan cuba terbaik untuk memelihara mereka daripada pesona dunia dan siksa di akhiratukan....yelaakan tak pasal-pasal elok-elok ayah/suami nak masuk syurga tersangkut bila amanah kita anak-anak mahupun isteri komplen mana aci apa ceeta dulu kat dunia siayah atau suami takde pun tunjuk ajar ilmu Allah...solat, mengaji dsbgnya...tak pasal menderita kita kat sanakan...so nak ikutkan takde masa suami nak buat endah tak endah berfoya-foya....mengisi masa...riadah kononnya...suka-sukakan...tambahan maut bukannya kita tahu datang menjemput kalau dah buat pedajal menganiayai hidup anak isteri...menzalimi hak orang lain sama jugalaa menganiaya hak diri sendiri...cari murka Allah ikut telunjuk syaitan...tempah pasport lagik lepak kat n....sape yang rugi?????Sendiri kasi jawablaakan...

Seperkara lagi yang aniz ingin kongsikan, jadi isteri kita kena tahu, faham dan jelas tentang hak kita...sememangnya suami harus dimuliakan dalam kamus seorang isteri namun harus diingat jangan sesekali membiarkan kebaikan diri dipergunakan oleh suami...ada sebahagian isu atau keputusan perlukan ketegasan diri isteri nyatakan dengan terus-terang dan jujur, InsyaAllah suami akan faham...niat kita kerana Allah...kita tidak mahu kebaikan yang dihulurkan akan mengundang dosa pula bg suami akhirnya...leka, alpa akan tanggungjawab sebab isteri boleh ambil-alih, isteri mampu buat itu ini...memang oklaakan tapi akhirnya boleh membuka ruang dosa buat suami yg dikasihi, apa ceritakan...kesian suami kita berdosa...terleka lepak dgn syaitan pulak kat akhirat nantikan...Kasih dan sayang tak semestinya dalam bentuk yang memberi kegembiraan dan kelapangan...Lihat sahaja pentadbiran Allah untuk mencipta kematangan dan kebijaksanaan juga kejayaan dalam hidup manusia...kita diduga dahulu...itu pengisian yang lebih tepat dan berkesan begitu jugalah dalam rumahtangga jadi isteri jangan terlalu baik hati demi menjaga kepentingan diri sendiri dan juga suami yang dicintai (ini pelan jangka panjang sampai akhiratnya projection)...sebab kita khuatir isu-isu beginilah bila isteri baik sangat, sedia ambil-alih sebahagian role dlm rumahtangga at the end of the day isteri kembali yang memendam perasaan, pilu hati, makan hati...suami aman bahagia...bersuka ria...kan ke tak eloktu untuk kesihatan...Kena bijak menjaga kebajikan diri remember bukan atas nama kepentingan diri sendiri semata, tamak mahupun sebagainya tetapi sebab kita sayang semua...kita cari redha Allah kita ingin sama-sama bahagia di dunia dan akhirat...bersama suami juga anak-anak yang dikasihi...InsyaAllah

Dan InsyaAllah dengan kehidupan contoh yang kita bawakan ini, anak-anak akan mencontohinya dan begitulah seterusnya mereka akan bawa dalam rumahtangga yang mereka bina dan masyarakat yang mereka wakili...macam proses duplicate so just imagine kalau keluarga porak-peranda haa macamtulaa juga mereka akan bawa kepada kehidupan mereka dan masyarakat...Itu pasalaa masalah sosial dsbgnya makin menjadi-jadi inilah realiti yang dibawa dalam kuliah yang saya hadiri...kekawan kaunselor rata-ratanya memberi komen kebanyakan masalah displin yang dihadapi di sekolah bermula dari keluarga yang bermasalah....dapat lihat tak impaknya? nampak shj kecil tapi....

Kesimpulannya kebahagiaan juga kesejahteraan dalam kehidupan itu boleh kita cari....paling penting ianya dalam redha Allah, beri keutamaan pada yang sepatutnya....cari ilmu....perkemaskan hubungan dengan Allah so that jalan masuk syaitan mampu kita tutup...InsyaAllah akan mudah usaha kita...imbang-imbangi tuntutan duniawi dan ukhrawi agar kita beroleh keberuntungan di kedua-duanya.

LiFe Is SaCred JoUrNeY…usah kita cemari perjalanan ini

Semoga paparan ini memberi ikhtibar dan pengajaran buat kita semua...sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu datangnya dar kelemahan saya sendiri...

KHIDMAT KOMUNTI PERCUMA
Buat rakan-rakan yang mendambakan khidmat runding mahupun sesi kaunseling PERCUMA sila hubungi Pn Aniz atau Cik Jana di 03-55190500 atau 01-55190500 Talian Sahabat Pusat Kaunseling Negeri Selangor bertempat di Kompleks PKNS, Shah Alam untuk tempahan temujanji anda...
TALIAN SAHABAT JUGA TURUT MENAWARKAN KHIDMAT KELOMPOK BANTU DIRI SECARA PERCUMA BUAT YANG BERMINAT :
1) 1) Pengurusan Stress ~ Terokai Tentang STRESS, PUNCA, SYMPTOM & CARA MENANGANI : Setiap Hari Selasa ( Jam 10.00 pagi ~ 12.00tgh)
2) 2) Pengurusan Berat Badan ~ Bagaimana MENCETUS MOTIVASI DIRI untuk mendapat berat yang unggul SERTA TIPS-TIPS MIRACLE -***BONUS ISTIMEWA ~TEROKAI TEKNIK SAINS MINDA mendapatkan berat badan unggul (Setiap Selasa :Jam 2.30ptg~ 4.30ptg)
3) 3) Rahsia Mengenal Diri & Peranan Sains Minda Dalam Mencetus Kecemerlangan Diri (Setiap Hari Khamis )

C CARANYA BERIKAN MAKLUMAT DIRI NAMA PENUH, H/P , KELOMPOK YG INGIN DIHADIRI SERTA TARIKH TEMUJANJI.TEMPAT ADALAH TERHAD DAPATKAN TEMPAHAN ANDA HARI INI!!!

MATLAMAT ANDA OBJEKTIF KAMI...Izinkan kami di Talian Sahabat membantu anda!!!Allah sendiri tidak akan mengubah nasib individu jika individu itu sendiri tiada inisiatif untuk mengubahnya...BERANI & JUJUR UNTUK MELAKUKAN PERUBAHAN...INSYAALLAH KEJAYAAN MAMPU ANDA LEWATI!!!...

Salam Ukhwah;
Aniz Hj Anwar @ 012-3915362 @ 03-55190600

No comments: