Monday, January 15, 2007

Tips Kehidupan

Sekejap masa berlalu...bagi aniz sendiri tak sangka juga pejam-celik-pejam celik dah mencecah era 30-an.Alhamdulillah, syukur pada Ilahi di atas limpahan rahmat dariNYA....dugaan, cabaran, pahit, manis semuanya terakam indah dalam memori.

Latar belakang ayahanda yang terlibat dalam perawatan Islam lebih 25 tahun serta bidang pengajian yang diikuti...memberi keinsafan, peringatan dan ikhtibar buat aniz. Masalah rumahtangga, kasih suami isteri yang pudar, kehadiran orang ketiga, pengabaian hak, penceraian, anak remaja, ponteng sekolah, merokok, lari dari rumah, stress, kemurungan, putus cinta, kerjaya, masalah ekonomi tak kurang juga budaya menyalahkan orang lain, sihir, gangguan jin, iblis dan syaitan....dan bermacam-macam lagi, semua ini cukup memberikan pengajaran buat aniz agar lebih berhati-hati melewati kehidupan dan tak lupa betapa bersyukur atas kurnia Yang Maha Esa...

Selalu berdiskusi dengan dengan abah , bertukar-tukar pandangan dan pengetahuan kami memperolehi beberapa kesimpulan tentang kelemahan yang menjadi punca permasalahan yang melanda masyarakat kita pada hari ini, reung-renungkan sejenak...
i) Urusan duniawi dan ukhrawi "ditarikan" secara terpisah. Dalam menangani sesuatu permasalahan seharusnya kita melihat sesuatu isu secara matang, jujur dan holistik, demi kelangsungan hidup yang sejahtera dan diredhai Allah di dunia dan akhirat.
(Well, tak dapat dinafikan inilah sebahagian impak 'sekularisme' yang diwariskan penjajah)
ii) Sebagai khalifah setiap waktu dan detik kita seharusnya berusaha untuk menghampiri kesempurnaan diri sebagai individu, masyarakat dan dunia fisikal persekitaran kita.
iii) Sebagai khalifah kita dibekalkan Allah dengan nikmat iman, fakulti akal juga Al-Quran dan Sunnah sebagai panduan dan tatacara hidup. Dan tidak lupa kehadiran jin, iblis dan syaitan dengan kerjaya tetap untuk menghuru-harakan manusia seharusnya DISEDARI oleh kita yang bernama khalifah.
~ Banyak dlm penulisan saya sebelum ini yg menyentuh & memberi PERINGATAN tentang hal ini...sifat-sifat negatif, mazmummah itu jalan masuk syaitan...malas, iri hati, dengki, prasangka, cenderung mencari kesalahan orang lain, sombong, bongkak, ego, ujub & bangga diri, selfish, tamak yang memakan diri, tak kurang juga sikap mudah berputus asa, mudah mengalah, "melihat tapi tak nampak", alpa, berfikiran negatif dan seumpamanya merupakan elemen yang akan merosak dan membunuh kita dalam senyap.
~ Kita harus berani dan jujur untuk melakukan koreksi diri dalam mencari PENGIKTIRAFAN ALLAH SWT ~ dalam ertikata lain kita harus bijaksana mengenal diri kita dan mengatur keutamaan dalam hidup. Saya percaya sekiranya kita berjaya menundukkan musuh paling ganas dalam dunia ini iatu DIRI KITA SENDIRI & BIJAKSANA mengatur keutamaan dalam hidup...insyaAllah pencarian hidup yang lebih teruja, harmoni dan bahagia berada dalam genggaman.(Terutamanya dlm konteks rumahtangga ~ takdelaa jadi isu suruh isteri beranak rapat-rapat pastu bila isteri macam lipas kudung & tak kering kain melayan anak-anak dan kerenah rumahtangga sang suami yang kurang kasih sayang & perhatian senang hati mencari hiburan di luar...jadilaa si isteri macam org gaji @ hamba tebusan dalam istana yang dibina.Tambah lagi tuntutan kerjaya yang tidak kurang hebatnya menuntut komitmen dan pengorbanan...itu tak masuk lagi isu-isu lain...adik-beradik, ipar duai dan sebagainya.Pendam...pendam dan pendam akhirnya memakan diri...tiba-tiba shj tanpa ujung pangkal air mata mudah mengalir, hati jadi very the sensitif...ada juga yang tak pasal jadi mudah naik angin...nak-nak kalau time dapat MC tak boleh solatkan....(meriah gitu syaitan mencucuk...stress, runsing, sensitif melulu...kalau tak paham perjalanan syaitan harus gitu perang besar melanda rumahtangga....teringat aniz komentar salah seorang penceramah tersohor negara menurut komen dan kajian beliau antara insiden yang mencetuskan penceraian berlaku ketika si isteri dalam keadaan haid...so waspada...haa! Nampak tak skangnie..perjalanan syaitan, licik kan...so berhati-hati... )
iv) Seperkara lagi tangnie memang cukup favourite gitu semacam budaya...kalau sakit, lemau sana-sini mudah sangat segelintir masyarakat kita menyalahkan orang lain...sinonim sungguhlaa...si A sihir...si B pedajal tutup rezeki dan macam-macamlaa lagi...Kadang pening kepala juga melayan kerenah manusia sptnie...Ya , saya akui sebagai umat Islam unsur jin, iblis dan syaitan itu memang ada dan hadir dalam kehidupan AKAN TETAPI janganlaa semuanya GOLONGAN SPESIS BERTANDUKnie...itu dah memang kerjaya mereka...Teringat cerita kisah Pak Guru...Kiyai dari Indonesia..."Kesian kok, asyik-asyik syaitan yang dipersalahkan"...Ya tak ya sedangkan pada hakikatnya tanpa disedari individu itu sendiri yang mengundang maupun menternak syaitan dalam dirinya..., tak gitu?
~ Kalau dah kewajipan sbg Muslim diperlekeh....solat, puasa, ibadah dsbgnya dianggap enteng apa tidaknya...tak cukup dengan itu QALBU / NAWAITU tidak bersih dan dijaga lagilaa...senanglaa terjerat...
~Kesibukan duniawi diutamakan...pangkat, harta, kemewahan, kemahsyuran & pengiktirafan manusia dikejar secara membuta-tuli sedangkan PEMILIK AGUNG itu dilupakan...emm, nantikan saja PERINGATAN TERBAIK DARINYA...mujur baik diberi hidayah sebelum rumah kata pergi rumah kata mari jika sebaliknya....Nauzubillahminzalik...
~ Adakalanya dugaan, musibah mahupun penyakit yang hadir itu ada baiknya...cthnya...kan janji Allah "Penyakit itu penebus dosa'...bila sakit kita diberi peluang untuk berehat so time inilaa kita banyakkan muhasabah diri, bertaubat... BERANI & JUJUR UNTUK MELAKUKAN KOREKSI DIRI SEBELUM TERLAMBAT...bersangka baik pada persekitaran dan juga Allah, insyaAllah jalan penyelesaian & ketenangan itu akan terbuka luas...
~Bak kata guru saya Master Hazil & komentar ayah , adakalanya individu yang ditimpa musibah ini bukannya disebabkan BUATAN ORANG tapi salah diri sendiri mungkin beliau pernah menganiayai orang...pulaktu doa orang dianiayakan dimakbulkan Allah....maka sbg KIFARAH...rasakan "KEADILAN" Allah itu...sebabtu kena beringat jangan menganiayai org lain....JANGAN BUAT-BUAT LUPA, MENGANIAYA KEHIDUPAN ORANG LAIN SAMA MAKSUDNYA KITA MENGANIYAI KEHIDUPAN KITA SENDIRI...TAK SEMPAT DI AKHIRAT DI DUNIA PUN KADANG ALLAH DAH TUNJUK...renung-renungkan sejenak???
v) Seperkara....DOA...DOA ITU SENJATA MUKMIN...Ingattu!!! Penting sekali kita berdoa...memohon keampunan, kesejahteraan, taufik & hidayah serta REDHA & RESTU ILAHI dalam setiap langkah perjalanan kita...kurniakan kita iman , akal dan kesihatan yang sempurna, ilmu yang memberi manfaat...tidak lupa hiasi rumahtangga kita kasih sayang & rahmat Allah...jadikan kita, zuriat dan keturunan kita sbg hamba Allah yang beriman, berilmu dan bertaqwa...tidak lupa memberi kelapangan dan kesejahteraan buat ibubapanya...InsyaAllah setiap detik & solat kita panjatkan...mudahlaa perjalanan kita...InsyaAllah takdelaa pening kepala diduga Allah dengan anak-anak maupun suami isteri yang memeningkan kepala...
vi) Bahagiakanlaa orang tuamu...InsyaAllah perjalanan akan lebih mudah & berakah lagi...KEREDHAAN ALLAH BERADA DI DALAM KEREDHAAN IBUBAPA, KALAU IBUBAPA TIDAK REDHA...bahaya hidup kita...(maksudnya disini kita tengok jugalaa isu apa yang bersangkutan maklum shj dunia punya cerita ada juga yang kadang tak kena gaya kalau diturutkan kehendak ibubapa...kena jelaslaa KEUTAMAAN & MATLAMAT kita...macam baru-barunie kenalan lama mengadu adik lelaki beliau dihalau dari rumah mertuanya disuruh bercerai padahal si isteri dlm berpantang...campurtangan yang tak sihat begini tak perlulaa diberi perhatian maka kenalaa BIJAKSANA mengambil keputusan...janganlaa melulu tunduk pada keadaan)
vii) Tak kurangnya kami perhatikan EKONOMI menjadi pencetus masalah dalam kehidupan...tak kiralaa sama ada terkurang mahupun terlebih...semuanya membawa isu dan cerita yang tersendiri. Kalau terkurang pun boleh jadi gaduh kalau terlebih pula boleh buka peluang sang suami mengintai-intai "investment baru" tak kena gaya lagi kalut...jeling-jeling, pandang-pandang hati terpaut anak isteri di rumah haru-biru dibuatnya... Dalam konteks ini MENGENAL HAK & AMANAH YG PERLU DIBERIKAN KEUTAMAN & KEBERKATAN itu penting...( dalam bicara membina keberkatan dalam rumahtangga lewat tahun lalu ada saya kupaskan tentang isu ini....antara pendekatan yang boleh diambil...sikap toleransi, persefahaman, jujur, berbelanja mengikut keutamaan ~ ukur baju dibadan sendiri, elakkan hutang jika tiada kepentingan...maklum shj unsur riba' itu dibenci Allah , bila dibenci Allah maknanya jalanmasuk syaitan maka NATIJAHNYA...rumahtangga bisa kucar-kacir jadinya...solat berjemaah seisi keluarga utk membina kasih sayang, solat dhuha dll)
~ Maklum saja 3 ta...takhta, harta & wanita ini ancaman besar tanpa disedari. Jika dihalusi TUNTUTAN PENGISIAN yang harus diberikan sbg seorg ayah juga suami sudah cukup BERAT amanah yang perlu disi...bukan sekadar kemewahan, makan, minum , pakai dan tempat tinggal tetapi konteks yg lebih besar untuk MENYEDIAKAN mereka agar SELAMAT DI DUNIA & AKHIRAT...(kalau setakat makan, minum , tempat tinggaltu.....tak ubahlaa macam ayam kat rebantu, betul tak? baik takyah kahwin menganiayai hidup org lain dan membuka jalan ke neraka...menganiaya diri jugak akhirnya...tak gitu...inilaa sebahagian komentar rakan-rakan yg menghadapi masalah rumahtangga)
Panjang pula aniz bercerita...apapun semoga nukilan ini memberi manfaat dan ikhtibar buat kita semua...Ingat-memperingati antara satu sama lain...ada ilmu kalau tidak diguna berdosa juga...
Akhir kata...sehingga bertemu lagi...JAGA DIRI...HIASI PERIBADI...

"LiFe Is SaCreD JouRnEY"...usah kita cemari perjalanan ini..

KHIDMAT KOMUNTI PERCUMA
Buat rakan-rakan yang mendambakan khidmat runding mahupun sesi kaunseling PERCUMA sila hubungi Pn Aniz atau Cik Jana di 03-55190500 atau 01-55190500 Talian Sahabat Pusat Kaunseling Negeri Selangor bertempat di Kompleks PKNS, Shah Alam untuk tempahan temujanji anda...
TALIAN SAHABAT JUGA TURUT MENAWARKAN KHIDMAT KELOMPOK BANTU DIRI SECARA PERCUMA BUAT YANG BERMINAT :
1) 1) Pengurusan Stress ~ Terokai Tentang STRESS, PUNCA, SYMPTOM & CARA MENANGANI : Setiap Hari Selasa ( Jam 10.00 pagi ~ 12.00tgh)
2) 2) Pengurusan Berat Badan ~ Bagaimana MENCETUS MOTIVASI DIRI untuk mendapat berat yang unggul SERTA TIPS-TIPS MIRACLE -***BONUS ISTIMEWA ~TEROKAI TEKNIK SAINS MINDA mendapatkan berat badan unggul (Setiap Selasa :Jam 2.30ptg~ 4.30ptg)
3) 3) Rahsia Mengenal Diri & Peranan Sains Minda Dalam Mencetus Kecemerlangan Diri (Setiap Hari Khamis )

C CARANYA BERIKAN MAKLUMAT DIRI NAMA PENUH, H/P , KELOMPOK YG INGIN DIHADIRI SERTA TARIKH TEMUJANJI.TEMPAT ADALAH TERHAD DAPATKAN TEMPAHAN ANDA HARI INI!!!

MATLAMAT ANDA OBJEKTIF KAMI...Izinkan kami di Talian Sahabat membantu anda!!!Allah sendiri tidak akan mengubah nasib individu jika individu itu sendiri tiada inisiatif untuk mengubahnya...BERANI & JUJUR UNTUK MELAKUKAN PERUBAHAN...INSYAALLAH KEJAYAAN MAMPU ANDA LEWATI!!!...

Salam Ukhwah;
Aniz Hj Anwar @ 012-3915362 @ 03-55190600


No comments: