Monday, January 15, 2007

Tips Membina Berakah Dalam Rumahtangga

Mengupas topik dibawa suka aniz berbalik kpd write up aniz beberapa bulan yg lalu antara lain menekankan tentang kefahaman matlamat perkahwinan itu sendiri...memenuhi hak dan amanah yang dipilih...Dunia merupakan singgahan sementara sahaja...medan ujian untuk kita mengumpul aset dan saham untuk dibawa pulang ke akhirat yang abadi...Namun seringkali juga kita alpa...lena dibuai tipu daya muslihat dunia yang dipelopori oleh spesis syaitan...seringkali juga dunia dijadikan matlamat...bila dunia...kebendaan dan seangkatannya kita jadikan matlamat ketenangan yang hakiki tidak mampu kita gapai...Ingat kata-kata abah, sememang wang ringgit ini penting kita tak nafikan namun dalam kehidupan jangan sesekali ianya kamu jadikan matlamat...takkan cukup, lagi pening kepala nanti...ambil dunia seadanya...keberkatan yang kita carik...berbalik kembali kepada PENTADBIR YANG MAHA AGUNG...perkemaskan, gilap...mantapkan InsyaAllah dengan sendiri penyusunan dan pentadbiran Allah lebih cun dan meriah lagi...

Rezeki yang datang nanti lebih bermakna...bukan sahaja dalam bentuk RM (yg selalu org tafsir) tapi juga ilmu, kebahagian, ketenangan...itulah sebahagian tanda hidup yang diberkati Allah...kadang kita tengok keluarga yang besar dengan pendapatan yang sekadarnya hidup mereka happy...ceria...anak-anak pun menjadi...berbanding adatu dikalangan berpendapatan tinggi macam-macam hal...boleh cek...muhasabah semula berbalik kpd hubungan dgn Maha Agung...Teringat aniz kisah MIL ceeta...ustaznie anak dia ramai 10 orang gaji kerja gomen berapalaa sangat...usia nak mencecah 40-an baru dapat mengumpul harta beli/buat rumah...kereta pun asal boleh berfungsi udahlaa...kata mak Ustaznie tak boleh bukak ceeta nak berhutang...cth konon kata nak buat pinjaman dgn bank...haa siaplaa lepastu surenyer sakit teruk...Subhanallah...beruntungnya kasih Allah pada hambaNYA (maaf jika ada yg tersinggung yer tp ini sebhgn paparan kuasa Allah)...Allah pelihara dia dari terlibat dengan unsur riba'...yang menariknya keluarga ini walaupun dengan zuriat yang meriah ayah sorangjer yang menjana pendapatan keluarga...tapi alhamdulillah anak-anak menjadi...fikir-fikir???

Memang pun riba'tu Allah tak suka...yang mana Allah murkatu bermakna jalan masuk syaitan bila jalan masuk syaitan consequennya...huru-hara...bila banyak hutang tak ker boleh mengundang percakaran dalam hubungan suami isteri...asyiklaa tak cukup budget...betul tak?...haa fikir-fikir????...Namun dari segi realitinya tidak dinafikan kalu tak berhutang tak berasetlaa kita...rumah, kereta semuanya perlukan RM yang meriahkan...cuma imbang-imbangilaa sebaiknya...boleh dihindarkan..kita hindarkan...kalaupun perlu ambillaa seadanya janganlak menokok -nambah yg tak perlu...macam semalam berita ikut statistik laanie ramai eksekutif muda yang muflis gegara credit cardnie...bahaya gaktu fenomenanie...

So arinie kita kongsi tips sedikit bagaimana untuk menimba rezeki yang lebih berkat di sisi Allah...kata kuncinya BERKAT...ilmunie aniz belajar dr abah...alhamdulillah nampaknya buahnya sudah mulai aniz & suami nikmati...tapi perlu diingatkan usaha-usaha di jalan Allahnie makan masa...adakalanya dalam proses transformasi kita akan diuji lebih hebat lagi yang paling penting istiqamah...sabar akan ujian dan cabaran yang diberikan InsyaAllah buah yang manis bakal menyusul...percayalaa itu sebahagian pengalaman yang kami lewati...bersyukur kerana bila bersyukur nikmat Allah akan datang lebih berlipat ganda lagi tapi kalu kita kufur mengeluh bukan shj terasa hebat...teruk dugaan tersebut malah Allah pun murkakan....Antara tipsnya :

1) Solat berjemaah dengan family...bayangkan pahala solat berjemaah 27 berbanding solat sendirian 1 jek...KONSEPNYA : kalau kita nak saving...27 dgn 1 mana lebih mudah dan cepat...tentulah jawapannya solat berjemaah dgn pahala 27tukan...macam mana datangnya buah hasilnya 27nie?...haa abah pesan nanti hasilnya akan kita perolehi melalui itulaa nanti...ikatan kasih sayang suami isteri yg utuh, zuriat yang soleh dan solehah...kebahagian, ketenangan, kesejahteraan, ilmu...pentadbiran & penyusuanan hidup lebih cun pendek kata dividennya akan kita perolehi dalam sudut itulaa....carik rezeki pun takyah teruk-teruk siang ker mlm lebih kurangjer...asyik kerja macam takde life lain..bukan apa hidup perlukan keseimbangan, umumnya yg berlaku bila hidup tak balance...rugi jugak akhirnya tak ke mana nanti...last-last gigit jari...semuatu nanti toksah gaduh Allah susun cunnya...Bukan itu shj, selesai solat kita akan bersalaman, betulkan secara tidak langsung dosa-dosa kecil...antara suami isteri akan gugur...bila kita bersih senanglaa lagik ilmu utk kita resapi/pratikkan dan doa akan lebih mustajab...

2) Masuk waktu solatjek...jangan bertangguh itulah rahsia kejayaan yang sebenar...memang pun inilah antara kelemahan kitakan...emm, kena atasi....malu ngan Allah......

3)Solat Dhuha...alhamdulillah dari sekolah rendah lagik ingat lagi rasanyer aniz masatu dalam Darjah 3 telah didedahkan dengan solatnie...cuma sejak 2nd year di UTM aniz praktikkan, alhamdulillah...bila dah bekeluarga kini dipraktikkan juga oleh suami...tapi tak mampu ikut abah lagik abah dah buat 8 rakaat...kita kadang 2 rakaat kadang 4jek...

4) Solat tahajud...bukan shj menjadi perisai bagi mengelakkan sihir dan seumpamanya tapi kelebihannya juga akan menitipkan rasa kasih yang utuh antara pasangan...begitu jugalaa soalt-solat sunat yg lain...ada hikmah dan fadilatnya...tapi kena konsistenlaa jangan lak sekali buat setahun tak buat...yang penting biar ikut kemampuan kita tapi istiqamah dari masa ke semasa kita perkemas dan pertingkatkan...buka sibuk kumpul harta dunia jek tapi aspek harta akhirat juga kita kena angkat port...tekankan sebab kata sana lagi berkekalan...tak gitu?

5) Amalkan Surah Al Waqiah & juga Ayat Seribu Dinar...

6)Jujur dengan pasangan...timbang rasa...merancang kewangan keluarga sama-sama...adil...ada bhgn utk simpanan utk kebajikan hari kemudian - pengajian anak-anak, contigency, utk org tua, perbelanjaan bulanan -bil dsbnya dan tak lupa juga sedekah....mahupun zakat...sebab rezeki yang masuk itu tak semua miliki kita...ada hak orang lain di dalam so berikanlah...kalau tak beri itu yang kadang akan keluar juga dlm bentuk kereta rosaklaa, kemalanganlaa...sinki tersumbat, tangki bocor...dah bukan duit kita...camtu takpe jugakkan Allah sayang kat kita DIA tak kasi kita makan rezeki yang takleh kita makan....takpelaa apa ceeta kalau Allah biarkanjer...jawabnya mau gelap hati kita tumbuh noda hitam...kan makan rezeki haram...bukan hak kita...itu yg gelap hati hidayah Allah tak nampak...dulu dalam perut dah janji mentaati perintah Allah belakang tengok orang lain solat kita tak solat...pun rasa macam takde halnya jek...Nauzubillahkan...

7) Amalkan Surah Al-Mulk...penerang kita di alam kubur dan juga diberikan kemuliaan di dunia dan akhirat...

8) Zikrullah...selawat, tasbih, istighfar...yang paling penting istiqamah...ikut kemampuan CUMA dari waktu ke waktu usahakanlah peningkatannya...

Tak lupa doa..munajat pada Allah berterusan mohon dihiasi rumahtangga kita dengan kasih sayang dan rahmat Allah...hidupkan hati kita...agama kita..rezeki kita ...dunia kita menuju redhaNYA...Jadikan kita , zuriat dan keturunan kita sbg zuriat yg memberi kelapangan buat kedua org tua kita dan kita ...jadikan kita imam bagi kalangan orang-orang yg bertaqwa....Moga dengan segala nikmat dan juga anugerah yg Allah kirimkan dapt kita melaksanakan ketaatan pada Ilahi sebaiknya dan seterusnya memelihara dan memertabatkan syiar IslamMU di muka bumi semata-mata kerana kEMULIAAN MU YA ALLAH...itulaa sebhgn titipan doa aniz setiap waktu...Jangan biarkan kita alpa..leka...dan kufur...nikmat yg Allah beri bukan tiket utk kufur tapi kita RAPAT & PERKEMAS JUGA MANTAPKAN LAGI HUBUNGAN DENGANNYA...inilah sebhagian daripada diari yang memberi MAKNA dalam kehidupan yang aniz lewati kini berbanding 10 tahun lalu (yelaa dulu zaman kekanak riang Ribenakan...sekarang dah jadi mak kanak-kanak...apa ceeta kalau takde peningkatan...buang karanjek hidup, betul tak?)...

Apalagi yek...basicly itulah antara ilmu..aset beharga yang terakam dalam minda setakatnie...InsyaAllah jika ada kesempatan diberi izin pasti Aniz kongsikan lagi...Semoga kita beroleh manfaat dari perkongsian ini...

LiFe Is SaCred JoUrNeY…usah kita cemari perjalanan ini
Semoga paparan ini memberi ikhtibar dan pengajaran buat kita semua...sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu datangnya dar kelemahan saya sendiri...

KHIDMAT KOMUNTI PERCUMA
Buat rakan-rakan yang mendambakan khidmat runding mahupun sesi kaunseling PERCUMA sila hubungi Pn Aniz atau Cik Jana di 03-55190500 atau 01-55190500 Talian Sahabat Pusat Kaunseling Negeri Selangor bertempat di Kompleks PKNS, Shah Alam untuk tempahan temujanji anda...

TALIAN SAHABAT JUGA TURUT MENAWARKAN KHIDMAT KELOMPOK BANTU DIRI SECARA PERCUMA BUAT YANG BERMINAT :
1) 1) Pengurusan Stress ~ Terokai Tentang STRESS, PUNCA, SYMPTOM & CARA MENANGANI : Setiap Hari Selasa ( Jam 10.00 pagi ~ 12.00tgh)
2) 2) Pengurusan Berat Badan ~ Bagaimana MENCETUS MOTIVASI DIRI untuk mendapat berat yang unggul SERTA TIPS-TIPS MIRACLE -***BONUS ISTIMEWA ~TEROKAI TEKNIK SAINS MINDA mendapatkan berat badan unggul (Setiap Selasa :Jam 2.30ptg~ 4.30ptg)
3) 3) Rahsia Mengenal Diri & Peranan Sains Minda Dalam Mencetus Kecemerlangan Diri (Setiap Hari Khamis )

C CARANYA BERIKAN MAKLUMAT DIRI NAMA PENUH, H/P , KELOMPOK YG INGIN DIHADIRI SERTA TARIKH TEMUJANJI.TEMPAT ADALAH TERHAD DAPATKAN TEMPAHAN ANDA HARI INI!!!
MATLAMAT ANDA OBJEKTIF KAMI...Izinkan kami di Talian Sahabat membantu anda!!!Allah sendiri tidak akan mengubah nasib individu jika individu itu sendiri tiada inisiatif untuk mengubahnya...BERANI & JUJUR UNTUK MELAKUKAN PERUBAHAN...INSYAALLAH KEJAYAAN MAMPU ANDA LEWATI!!!...

Salam Ukhwah;
Aniz Hj Anwar @ 012-3915362 @ 03-55190600

No comments: