Monday, January 15, 2007

Tips For Little Khalifah Part 1

Pejam celik-pejam celik kini 2006 hampir ke penghujungnya…pastinya pelbagai pengalaman pahit, manis, suka duka telah dilewati…Bagi aniz sendiri tahunnie antara tahun mencabar buat kami seisi keluarga…pelbagai ujian dan dugaan ditempuhi apapun yang pasti kesyukuran kami panjatkan ke hadrat Ilahi…Syukur di sebalik ujian ini mendekatkan lagi diri kami pada Maha Pencipta dan sama-sama bergabung tenaga & berjemaah menghadapi cabaran yang hadir.

Alhamdulillah, memang tepat sekali dalam kehidupan ini kita akan diketemukan dengan “APA YANG KITA CARI???”…Bagi aniz setiap ujian, cabaran yang hadir memberikan suatu suntikan azam untuk aniz memperbaiki kelemahan diri dan mencari jawapan…Alhamdulillah penyusunan dan pentadbiran Allah Yang Maha Halus membantu aniz di sepanjang pencarian dan menempuh cabaran dilewati. Di sebalik ujian Allah memberi peluang buat aniz mempraktikkan segala ilmu yang diterokai dan insyaAllah ilmu, pengalaman yang juga merupakan guru sejati inilah yang aniz bawakan untuk perkongsian & kemakmuran bersama . Memang tepat kajian yang pernah aniz baca dalam menangani permasalahan stress, mahupun penyakit antara yang menyumbang RANKING TERTINGGI dalam menyuntik tenaga positif adalah :

1) Doa / Solat

2) Meditasi

3) Affirmasi Minda @ Visualisasi

Dan kemudian barulah diikuti perawatan ataupun pendekatan alternative yang lain spt biofeedback, homeopati, reiki, aromatherapy, yoga dan sebagainya. Memang benar THE POWER OF HEALING IS INSIDE YOU… “Kuasa penawar itu ada di dalam diri individu, sebenarnya”…Tanpa ilmu, kefahaman dan kekuatan dalaman mungkin seseorang yang dilanda masalah itu merasakan dirinya meraba-raba di malam yang pekat tanpa kerdip cahaya bulan dan bintang. Sesungguhnya ilmu Allah itu sangat luas masing-masing di kalangan kita dianugerahkan Allah dengan kelebihan dan kekuatan tersendiri maka dengan itu sama-samalaa kita saling berjemaah dan bantu-membantu…Jangan malu ataupun segan untuk merujuk mahupun mendapat bantuan pada professional mahupun mereka yang lebih arif…manatau berkat usaha, keikhlasan dan doa mereka musibah berupa dugaan penyakit, kerungsingan, konflik mahupun perkara yang selama ini menganggu fikiran dan emosi mampu dirungkaikan…InsyaAllah ketenangan dan kesejahteraan mahupun impian yang dihajati mampu direalsasikan…Hemm….sebab itulah dalam kehidupan kita jangan sesekali menyombong diri, apatah lagi ujub, takbur dan riak…melihat bintang di langit jangan di lupa rumput di bumi, we never know maybe somehow, somewhere kita mungkin memerlukan bantuan insan lain. Lagipun itulaa indahnya kejadian Allah untuk kita saling lengkap-melengkapi.

Bercerita tentang cabaran hidup…hemm…buat para ibubapa pastinya antara cabaran terhebat dalam hidup ini ialah untuk mendidik anak-anak agar menjadi insan yang beriman, berilmu, berakhlak…dan memberi kelapangan hati buat kedua orang tuanya. Bukan sekadar berjaya dan cemerlang di dunia tapi juga di akhirat…suatu amanah, suatu tanggungjawab dan suatu hak yang perlu kita berikan selaku ibubapa. Pesan ayah aniz dalam mendidik amalkan resepi ini…iaitu resepi Imam Ghazali 0 hingga 7 tahun selaku ibubapa kita berikan anak-anak kasih sayang dan perhatian, 8 hingga 15 tahun kita berikan mereka didikan dan ketegasan manakala 15 tahun dan awal 20-an kita izinkan dia berjuang dan berdikari iaitu yang dekat kita jauhkan (merantau menuntut ilmu) dan setelah tamat pengajian sekitar pertengahan 20-an yang jauh kita didekatkan iaitu hubungan kekeluargaan mahupun persaudaran kita rapatkan…InsyaAllah ianya akan membantu membantu membentuk peribadi yang unggul dimana anak akan belajar erti berdikari, kasih sayang, pengorbanan dan penghargaan. Tidak lupa pastinya pengorbanan juga iringan DOA, BUAH FIKIRAN, WANG RINGGIT DAN TENAGA kita berikan…

Doa merupakan senjata mukmin…titiplah doa sedari awal agar benih mahupun zuriat yang dilahirkan mampu menjadi zuriat yang soleh dan solehah dan memberi kelapangan juga menjadi imam bagi golongan yang bertaqwa. After all, mereka inilah aset yang akan mendoakan kita apabila pulang mengadap Ilahi nanti. Buah fikiran pula dari segi sokongan emosi, motivasi, kasih sayang, didikan...wang ringgit tidak lupa segala keperluan yang terbaik untuk anak-anak kita berikanlah haknya...Akhir sekali...tenaga kita,insyaAllah bersandarkan pengisian, kasih sayang juga pengorbanan yang diberikan tidak mustahil mereka mampu jadi khalifah yang unggul di akhir zaman.

Dalam sibuk-sibuk menyediakan kelengkapan persekolahan...jangan dilupakan PERSIAPAN MINDA ANAK-ANAK...insyaAllah, semoga pengisian secara HOLISTIK yang kita berikan mampu membentuk peribadi serta kecemerlangan buat anak-anak yang dikasihi.

No comments: