Monday, January 15, 2007

Diari HTAR - Kasih Ibu

Alhamdulillah dapat kita berteu lagi dalam bicara DI SEBALIK TABIR KEHIDUPAN pada kali ini...Beberapa minggu yang lalu aniz ada membicarakan tentang isu & tips rumahtangga kalinie kita sambung kembali sebahagian lagi diari kehidupan
Lain orang lain dugaannya...apapun kisah-kisah rumahtangga & kehidupan yang berlaku di persekitaran banyak mengajar aniz agar lebih berhati-hati...Kebetulan 2 minggu yang lalu aniz berpeluang menjaga ibu di HTAR sungguh benar pengalaman beharga ini banyak mengajar aniz juga keluarga agar lebih tabah, cekal, redha dan syukur. Pelbagai ragam juga karenah manusia kami lihat di sana. Tersentuh hati bila melihat wajah tua seorang ibu yang menanti dan mengharapkan kehadiran dan belaian kasih insan tersayang teruatamanya anak-anak yang dikasihi.

Kisah 1 :
Makcik A, seorang ibu tunggal kini tinggal bersama anak perempuan tunggal dan menantunya. Beliau mempunyai penyakit darah tinggi, lemah jantung dan kencing manis. Paru-paru beliau terdapat sedikit air kesan jantung yang lemah.Bersembang panjang dengan aniz...dapat aniz rasakan sebak di dada beliau bilamana bercerita tentang anak perempuan beliau. Seringkali beliau cuba mententeramkan hati yang terguris dengan gaya layanan dan tutur kata anaknya. Tak sempat aniz meneroka lebih dalam lagi, insyaAllah katanya beliau sihat nanti beliau ingn menghadiri sesi kaunseling bersama aniz di TALIAN SAHABAT.

Kisah 2
Nenek B, berusia 82 tahun tapi masih steady lagi nampak ketabahan dan kecekalan ibu tua ini maklum sahaja orang kampung...tinggal lagi beliau tinggal di hospital kerana mengadu muntah-muntah dan kurang selera makan. Ikut endoskopi Doktor katanya ada ketumbuhan di hatinya. Anak 6 orang hampir seminggu aniz di sana menjaga mak hanya sekali anaknya datang itupun kedengaran rungutan si anak yang mengadu terpaksa bekerjaran dari tempat kerja mengeluh untuk melawat si ibu tadi...Ampun...Nauzubillahminzalik...agaknya apa perasaan ibu tadi yer, waktu kecil ditatang anak bagai minyak yang penuh dikala usia merangkak senja dan memerlukan perhatian dan kasih sayang...layanan dan tuturkata sebegitu dihulurkan...

Kisah 3
Makcik C berusia sekitar 60 tahun mempunyai 2 orang anak lelaki....jatuh bilik air kena mild stroke..bengkak muka dan kedua-dua belah matanya...namun beliau seorang riang...mungkin untuk menutup rahsia hati yang pilu dan sedih. Dapat aniz rasakan dari jauh selalu dia perhatikan aniz melayan dan menjaga mak...Kebetulan terserempak di bilik air dalam nada sinis dan mengeluh beliau berkata..."Nasib badan seolah-olah menceritakan kesedihan hatinya...tiada kunjungan dan perhatian dari keluarga mujurlaa ramai jururawat pelatih di sana...adik-adik inilah penceria suasana buat makcik C ini...

Kisah 4 :
Makcik D, berusia sekitar 70-an...mempunyai masalah darah tinggi & lemah jantung. boleh dikatakan dalam golongan berada...anak seramai 12 orang...masing-masing berjawatan tinggi...enggan tinggal bersama anak-anak lantaran sayangkan peninggalan banglo suami tercinta yang baru meninggal 2 tahun yang lalu...dirisik-risik rupanya makcik D banyak menjeruk rasa dengan anak bujangnya yang berusia sekitar hujung 30-an gara-gara ketagihan dadah...Nak marah dah tak lalu nak marah...Mujurlaa anak-anak lain ada merekalaa yang bersilih ganti mengambil tanggungjawab menjaga beliau di hospital.
Ada ketikanya anak-anak terlupa dengan kesibukan dunia sehingga menidak hak orang tua...Tuhan itu MAHA ADIL....itu pesan abah!!! Bagaimana kita ingin dilayan baik oleh anak-anak di hari tua.... begitu jugalaa kita tatang, pelihara dan hargai kasih sayang serta pengorbanan orang tua. "Action do speak louder then words"...cerapan positif...wayang gambar yang membawakan aspirasi kasih sayang, harmoni, pengorbanan yang kita pamerkan pada anak-anak insyaAllah akan menjadi tauladan dan ikhtibar buat mereka. Syukur nampaknya anak-anak aniz begitu prihatin akan kesihatan dan kesejahteraan neneknya...si adik yang berusia 4 tahun siap buat mail untuk nenek bagi malahirkan rasa rindu dan sayangnya...si kakak pula toksah cakaplaa...abis segala kertas warna...stationaries ibu dipinjam untuk buat kad utk nenek yang tercinta...Siap merajuk kalau tak dapat tolong ambilkan nenek wudhu...
Apapun syukur, pengalaman di HTAR banyak mengajar erti kesyukuran, kecekalan, kasih sayang dan pengorbanan...Jangan sesekali berputus asa akan rahmat Allah...kuasa munajat & doa merupakan suntikan tenaga positif yang begitu ajaib sekali...
Buat rakan-rakan di luar sana...doakan ibu agar diberikan kekuatan dan pulih di samping kami seisi keluarga diberi kesempatan melewati hari indah dan ceria bersama...Jasa semua aniz dahului dengan ucapan ribuan terima kasih. Pada rakan-rakan yang menghubungi aniz tempoh hari maaf juga aniz pinta tak dapat melayani panggilan mahupun sms anda semuanya...alhamdulillah ibu mulai menunjukkan perubahan positif dan kini berehat di rumah...insyaAllah bolehlaa menghubungi aniz utk mendapatkan bantuan & bimbingan.

LiFe Is SaCred JoUrNeY…usah kita cemari perjalanan ini

Semoga paparan ini memberi ikhtibar dan pengajaran buat kita semua...sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu datangnya dar kelemahan saya sendiri...

KHIDMAT KOMUNTI PERCUMA
Buat rakan-rakan yang mendambakan khidmat runding mahupun sesi kaunseling PERCUMA sila hubungi Pn Aniz atau Cik Jana di 03-55190500 atau 01-55190500 Talian Sahabat Pusat Kaunseling Negeri Selangor bertempat di Kompleks PKNS, Shah Alam untuk tempahan temujanji anda...
TALIAN SAHABAT JUGA TURUT MENAWARKAN KHIDMAT KELOMPOK BANTU DIRI SECARA PERCUMA BUAT YANG BERMINAT :
1) 1) Pengurusan Stress ~ Terokai Tentang STRESS, PUNCA, SYMPTOM & CARA MENANGANI : Setiap Hari Selasa ( Jam 10.00 pagi ~ 12.00tgh)
2) 2) Pengurusan Berat Badan ~ Bagaimana MENCETUS MOTIVASI DIRI untuk mendapat berat yang unggul SERTA TIPS-TIPS MIRACLE -***BONUS ISTIMEWA ~TEROKAI TEKNIK SAINS MINDA mendapatkan berat badan unggul (Setiap Selasa :Jam 2.30ptg~ 4.30ptg)
3) 3) Rahsia Mengenal Diri & Peranan Sains Minda Dalam Mencetus Kecemerlangan Diri
(Setiap Hari Khamis)

C CARANYA BERIKAN MAKLUMAT DIRI NAMA PENUH, H/P , KELOMPOK YG INGIN DIHADIRI SERTA TARIKH TEMUJANJI.TEMPAT ADALAH TERHAD DAPATKAN TEMPAHAN ANDA HARI INI!!!

MATLAMAT ANDA OBJEKTIF KAMI...Izinkan kami di Talian Sahabat membantu anda!!!Allah sendiri tidak akan mengubah nasib individu jika individu itu sendiri tiada inisiatif untuk mengubahnya...BERANI & JUJUR UNTUK MELAKUKAN PERUBAHAN...INSYAALLAH KEJAYAAN MAMPU ANDA LEWATI!!!...

Salam Ukhwah;
Aniz Hj Anwar @ 012-3915362 @ 03-55190600

No comments: