Monday, January 15, 2007

Tips For Little Khalifah Part 2

Jika dlm bicara lalu kita telah berkongsi serba-sedikit tentang tips mendidik "little khalifah" kita...insyaAllah kalinie kita sambung kembali. Semoga perkongsian ini memberi manfaat dan ransangan positif terhadap pembinaan kendiri dan personaliti anak-anak yang kita kasihi.

Baru-baru tercuit hati saya mendengar cerita seorang rakan yang mengeluh dan meluahkan kebimbangan beliau akan kasih sayang dan perhatian yang dirasakan bakal dimonopoli oleh pembantu rumah barunya dalam isu anak-anak...semuanya gara-gara air kosong yang terbiar di tepi sinki dalam keadaan ditutup dengan kain...Kononnya si maid barunie ada hati untuk 'mengguna-gunakan' keluarganya...supaya anak-anak beliau sayang dan bergantungan tinggi dengan maid baru tadi...Ampun!!! Hee...dalam gelak-gelak saya cuba merasionalkan beliau...Dah kalau U ada 24jam sehari TAPI HANYA 2 jam U spend masa dengan anak-anak then...'what do U expect???'...Jangan mudah mencari kelemahan dan kesilapan orang lain...cermin diri dulu!!! Kalau nak komplen mahupun merungut...Dan yang bestnya sembang punya sembang...Laa ngupa-ngupanya rakan sayanie memang ada masalah...member 'tersalah pilih maid' tengok gambar maid yang dipilihtu tak cantik alih-alih bila "LIVE" si maidnie khabarnya dalam kategori cunlaa jugalaa orangnya...putih, comel...janda plaktu...member cuak ...khuatir si maidnie tadi bakal menganggu-gugat keharmonian rumahtangganya...Kalau nak tukar pula MONEY problem....duit lagik...apa nak dikata....Emm...patutlaa ngupanya serba tak kena dibuatnya si maid dia ada saja yang tak berkenan di hati beliau...macam-macam...

Apapun daripada perbualan tersebut mengingatkan diri saya akan TANGGUNGJAWAB & HAK yang perlu kita berikan sebagai ibubapa...Yelaakan dalam sibuk-sibuk berkongsi tips, mahupun mengkaunseling klien...MENGINGATKAN DIRI juga sebenarnya...Tentang keseimbangan, kebijaksanaan dan keadilan dalam memberikan HAK dalam kehidupan...antara kerjaya, rumahtangga, keluarga, masyarakat dan seumpamanya.

Berbalik pada topik kita...tips untuk merangsang pembentukan peribadi dan minda anak-anak...disini terdapat beberapa pendekatan yang aniz juga suami praktikkan dalam proses pendidikan anak-anak. Namanya anak-anak....PROSES PEMBELAJARAN yang mereka lalui kebanyakannya menerusi permainan....maka selaku ibubapa yang bertanggungjawab pilihlaa rangsangan permainan yang bertepatan untuk merangsang minda mereka...kepelbagaian pilihan permainan...kalau yang lelakitu toksahlaa pula kita dok meriahkan koleksi mainan dengan benda-benda yang ganas...power rangers, ultraman, batman dan segala macam lagi...selit-selitkan permainan yang mempunyai membina tumpuan, konserntrasi spt jigsaw puzzle dan tak kurangnya apa salahnya mainan masak-masak anak perempuan...Biar dapat membantu proses penuetrelantu...esok-esok dah besar takdelaa kekok di dapur dan tak kurangnya memiliki ciri sensitiviti dan kasih sayang yang tinggi.

Disamping itu sedari kecil pupuklaa anak-anak agar minat membaca...Haa! Bila story pasal minat membaca janganlaa pula anak sahaja kita suruh mereka minat membaca tapi ibu ayah tak minat ...payah juga...so macam mana nak cultivate culture yang postif dalam keluarga...kita taknaklaa jadi "ketam yang mengajar anaknya berjalan betul"...Alhamdulillah dengan inisiatif, doa juga perhatian, kasih sayang yang kita berikan isnyaAllah sumber-sumber ini mampu membentuk peribadi dan personaliti diri yang cemerlang utk anak-anak yang dikasihi. Puteri aniz yang sulung alhamdulillah dapat best student di tadika...macam tak percaya juga sebenarnya bila mendengar maklumbalas dan komentar dari guru-gurunya ...maklum saja ibu & ayah juga sibuk tapi syukur kami panjat walaubagaimana sibuk pun tetapi untuk isu-isu anak-anak kami berikan keutamaan...dalam sehari terutamanya waktu malam dan selepas pulang dari kerja adalah masa untuk kami meraikan mereka. Selepas solat berjemaah, anak mengaji dan nak tidur lazimnya dengan ditemani salah seorang daripada kami...waktulaa kami mendengar ceria-cerita mereka ataupun mereka mendengar kisah-kisah kami ataupun membaca buku bersama...bedtime story...Setelah itu membaca doa-doa lazim dan agak-agak mereka dah mula tidur-tidur ayam kami lontarkan "SARANAN POSITIF" untuk merangsang minda separa sedar mereka...alhamdulillahlaa nampaknya berhasil...ianya ibarat PASAK...untuk menguatkan matlamat kejayaan pembinaan kendiri & personaliti mereka.

Anak-anak adalah amanah...InsyaAllah jika kita berikan yang terbaik...contoh dakwah yang cemerlang dalam keluarga....insyaAllah yang baiknya juga akan kembali kepada kita...PROSES PEMBENTUKAN DAN INTERAKSI KELUARGA IBARAT WAYANG GAMBAR DALAM MINDA ANAK-ANAK SEKIRANYA WAYANG GAMBAR INI DIDOMINASI OLEH ELEMEN-ELEMEN YANG POSITIF INSYAALLAH IANYA MAMPU MENJADI SUMBER @ ENERGY POSITIF DALAM MEMANGKIN PERTUMBUHAN MINDA, AKHLAK DAN PERSONALITI DIRI MEREKA...& INGAT YER!!! PROSES INI AKAN DIDUPLIKASI DARI SATU KETURUNAN KE SATU KETURUNAN...Maka berhati-hati seandainya ada ELEMEN NEGATIF lakukanlah perubahan diri untuk kebaikan...kita tidak mahu elemen negatif menjadi kuman @ racun yang akhirnya melarat menjadi penyakit keturunan...meninggalkan solat, berjudi, panas baran, terlibat dengan zina, mencuri , mengabaikan orang tua, tidak bertanggungjawab, menipu dan sebagainya..

PERCATURAN ALLAH SANGAT ADIL & HALUS YER!!! SO BERHATI-HATI...JANGAN TAMAK!!! JANGAN PENTINGKAN DIRI SENDIRI...BERIKANLAH HAK YANG SEWAJAR DAN SEADILNYA DALAM KITA MEMBURU SYURGA ALLAH...

Semoga paparan dan perkongsian ini memberi ikhtibar, semangat dan pedoman dalam melayari kehidupan yang mencabar...Moga-moga kedatangan 2007 kita mampu menjadi ibu, ayah, anak, isteri, suami mahupun ahli keluarga, masyarakat dan lebih utama dan menyeluruh HAMBA ALLAH yang lebih baik...Amin..InsyaAllah...

Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah...dan yang buruk itu datangnya dari kelemahan saya sendiri...

No comments: